Khamis, Ogos 05, 2010

Majlis Kesyukuran dan Doa selamat di Surau Al-Ehsan Puchong Permai


Jawatankuasa Surau Ehsan bergambar bersama Tuan Nazir
Pada 1hb Ogos yang lalu, Surau Al-Ehsan Flat Puchong Permai telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena menyambut kedatangan Ramadhan.

Majlis yang melibatkan semua penduduk di kawasan Taman Perumahan itu merupakan Majlis yang pertama diadakan semenjak Jawatan Kuasa Baru mengambil alih pengurusan Surau berkenaan bermula 1 Jun 2010.
Pengerusi Surau berkenaan En Alias b. Zimat yang bertindak sebagai pengerusi majlis pada hari tersebut telah menyatakan ucapan terima kasih pada semua penduduk yang terlibat dalam memastikan program tersebut berjaya.

En Alias b. Zimat, Pengerusi Surau Ehsan sedang berucap


En Rammeli Sulaiman (bersongkok), Ketua Penduduk setempat bersama-sama Tn Nazir dalam majlis penyerahan sumbangan.


Majlis tersebut juga telah menumbangkan seekor kerbau untuk dijadikan lauk dan sajian kenduri kepada semua penduduk. Memasak secara Gotong royong telah bermula sejak awal pagi.

Penduduk bergotong royong memasak untuk jamuan tengahhari

Hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed. Dalam ucapan perasmiannya Tuan Nazir telah menyentuh tentang perlunya semangat gotong royong di kalangan penduduk setempat. Tuan Nazir sangat terharu melihat sokongan dan kerjasama yang erat dikalangan penduduk setempat dan AJK Surau Al-Ehsan yang baru dilantik.



Dimajlis ini juga Biro Kebajikan Masjid As-Salam yang diketuai oleh En Harun Nayan telah menyampaikan sumbangan kepada mereka-mereka yang telah dikenalpasti layak menerima sumbangan daripada Masjid As-Salam ini.


Tn Nazir bersama-sama dengan AJK Biro Kebajikan telah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berkenaan.


Tn Nazir menyampaikan sumbangan kepada yang berkenaan

Para tetamu telah dijamu dengan Makan tengah hari

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories