Ahad, Ogos 29, 2010

Kuliah Maghrib Nazir As-Salam di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya

Tn Hj Yasim menggunakan kemudahan ICT dalam penyampaian Kuliah Maghribnya.


Pada 9hb Ogos 2010 yang lalu, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Tn Hj Yasim Mohamed telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau (IPD) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di USJ 8, Subang Jaya.

Tajuk Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Tuan Nazir ialah "Keistimewaan Ramadhan dalam kehidupan Muslim". Kuliah Maghrib yang mengambil masa selama 1 jam itu telah dihadiri oleh Pegawai dan Anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya termasuk ACP Zainal Rasyid b. Hj Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya.

Sebelum Kuliah Maghrib bermula, Tn Hj Yasim Mohamed diminta untuk memberi Penerangan kepada Jawatankuasa Surau di IPD Subang Jaya berhubung dengan Peranan dan Tugas Imam, Bilal dan Siak sesebuah surau.

ASP Hj Che Din b. Ali, Ketua Pentadbiran di IPD Subang Jaya telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana diatas penerangan dan Kuliah Maghrib yang disampaikan. Beliau mengharapkan hubungan yang baik diantara Masjid As-Salam dan IPD Subang Jaya dapat terus ditingkatkan dimasa-masa yang akan datang.
ACP Zainal Rasyid menyampaikan cenderahati kepada Tn Nazir As-Salam

Pegawai dan anggota IPD Subang Jaya semasa kuliah maghrib berlangsung





Anak-anak Pegawai IPD Subang Jaya juga mengikuti kuliah maghrib


Pegawai Wanita dan isteri-isteri anggota juga turut mengikuti kuliah





ASP Hj Che Din b. Ali, Ketua Pentadbiran IPD Subang Jaya

Anggota-anggota Polis IPD Subang Jaya sedang tekun mendengar kuliah maghrib

Sebahagian daripada anggota yang hadir





Bersalam-salaman selepas majlis selesai

Laporan: Wartawan As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories