Selasa, Ogos 24, 2010

Hormatilah kuliah ilmu

Al-Thabrani meriwayatkan daripada Abi Hazim daripada Sahal r.a., berkata bahawa beliau telah menyampaikan kuliah tentang sunah Nabi s.a.w. kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.


Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata: “Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w., tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi”.

Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.


Abi Hazim lantas bertanya kepadanya: “Ke manakah tuan akan pergi membawa diri?” Jawabnya: “Aku akan pegi berjihad di jalan Allah.”

Beliau seterusnya di tanya: “Bagaimana tuan boleh turut serta sedangkan tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan daripada berjihad?”

Jawabnya: “Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata tersasar, lalu aku akan mati syahid.” – Riwayat al-Haithami.

Pengajaran

  1. Menghadirkan diri dalam majlis ilmu adalah sangat penting kerana ia
    merupakan makanan buat hati, dan menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara halal dan haram.
  2. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.
  3. Para sahabat merupakan golongan yang mencintai Nabi s.a.w. danmereka amat sensitif terhadap golongan yang tidak menunjukkan minat terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w.
  4. Menuntut ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjaranya.Justeru, Sahal r.a. mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaanya sebagai peyampai ilmu sudah tidak diperlukan lagi.
  5. Ganjaran yang disediakan buat mereka yang mati syahid terlalu mulia sehingga menyebabkan Sahal r.a. berusaha sedaya upaya memperoleinya walaupun beliau seorang yang tidak layak menyertainya.

Dipetik dari: 101 Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran dan Hayatus Sahabah Dr. Zahazan Mohamed

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories