Isnin, Ogos 30, 2010

Exco Agama Negeri Selangor menjadi Khatib Jumaat di Masjid As-Salam


Puchong, 13 Ogos. - Exco Kanan Agama Negeri Selangor Yang Berhormat Dato' Dr Hassan Hj Mohd Ali telah hadir menyampaikan khutbah dan seterusnya mengimamkan solat Jumaat di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 13/8/201 yang lalu.

Ini merupakan kali pertama beliau menjejak kaki di Masjid As-Salam semenjak dilantik menjadi Exco Agama 2 tahun yang lalu. Beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed berhubung dengan perkembangan semasa masjid.

Beliau mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana kerana mendapat Anugerah Masjid Kedua Terbaik di Seluruh Selangor pada sesi 2009 baru-baru ini.

Beliau tersangat yakin bahawa Jawatankuasa Masjid As-Salam yang telah diberi mandat oleh orang ramai untuk mentadbir masjid ini mampu membuat perubahan dalam menjadikan Masjid sebagai ejen perubahan kepada masyarakat.

Para jemaah mendengar dengan khusyuk khutbah yang disampaikan



Dato' Hassan bergambar bersama dengan Pegawai Masjid

Bergambar bersama anak kariah

Dato Hassan bertegur sapa dengan seorang warga emas dan diperhatikan oleh AJK masjid.

Laporan: Wartawan As-Salam


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories