Khamis, Julai 15, 2010

Seminar Kepimpinan Pegawai Masjid dan Surau Siri 1


Sebahagian peserta Seminar Kepimpinan

10 Julai 2010- Selepas pertemuan antara Nazir Masjid As-Salam bersama Pengerusi surau-surau selesai seminggu yang lalu, kini Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed mengatur pula pertemuannya bersama Pengerusi, Imam, Bilal dan Siak surau-surau di kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tn Nazir membuat pembentangan dalam seminar tersebut

Program kali ini dinamakan Seminar Kepimpinan bertujuan untuk membentuk sikap kepimpinan serta tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap individu yang dilantik mengurus atau mentadbir sesebuah surau.

Seminar Kepimpinan ini dikendalikan oleh Tuan Nazir sendiri dan dalam pembentangan kertas kerjanya beliau mengharap agar VISI dan MISI untuk menjadikan surau-surau di bawah Masjid As-Salam ini merupakan antara yang terbaik di negeri Selangor, baik dari segi pengurusan, kecekapan serta boleh menjadi contoh dan dalam masa yang sama sentiasa di redhai Allah.

Peserta daripada Surau Al-Ehsan Puchong Permai mendaftar diri

Tuan Haji Yasim juga turut menegur akan sikap segelintir Jawatankuasa Surau pada sessi yang lalu yang telah mengambil kesempatan menjadikan surau sebagai tempat sumber menambah pendapatan untuk kepentingan diri, ini adalah berupa perbuatan khianat dan tidak amanah. En Ery Sudirman mempengerusikan Seminar tersebut

Sikap seumpama ini tidak harus ada pada seorang AJK atau pemimipin yang diberi tanggungjawab menguruskan sesebuah surau. Tuan Haji Yasim juga menekankan tanggungjawab seorang imam dan Pengerusi agar menjadikan surau atau Masjid sebuah tempat sebagai zon aman bagi anak kariah untuk beribadah, dan ianya tidaklah tertumpu pada satu perkara sahaja, malahan perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk membangun ummah.

Tambah Tuan Haji Yasim lagi, dari segi pemantapan nilai bekerja pula, seorang Pengerusi, imam atau ajk itu, perlu faham akan konsep sesuatu kerja itu adalah sebagai ibadah, bertindak mestilah berdasarkan ilmu dan pengalaman, berjiwa besar sebagai orang Islam dan setiap tindakan perlulah bertawakal kepada Allah.

Dan jika sekiranya sesuatu kerja itu dilaksanakan dengan tidak ikhlas, akibatnya individu tersebut kurang berdisplin, ambil mudah, gagal capai matlamat, ukhwah tidak terjalin, suka bertangguh kerja dan berlaku pergeseran sesama ajk.

Bagi individu bergelar Imam pula beberapa tanggunjawab yang perlu dipikul selain dari mengimami dan menjadi contoh kepada masyarakat, seorang Imam itu hendaklah memandang akan peranan beliau dari sudut yang lain pula, contohnya bertindak sebagai pegawai syarie dalam kariah Masjid atau surau, bertanggungjawab memberi penjelasan dalam mukimnya yang berbeza pendapat serta sekali gus dapat menyatu ummah.

Afizan,
Melaporkan untuk Seminar Kepimpinan untuk imam dan bilal surau-surau
Husin Hasran,
Gambar

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories