Rabu, Julai 14, 2010

Pencarian Dana Saham Wakaf Pembesaran Surau Al Mawaddah

Dimaklumkan bahawa Surau Al Mawaddah Taman Puchong Prima sedang mencari dana bagi pembesaran surau. Kos keseluruhan meroboh dan membina semula adalah RM200,000. Jumlah yang terkumpul setakat ini hanya RM50,000. Oleh itu pihak kami sedang mencari dana sebanyak RM150,000. Projek meroboh dan membina semula telah bermula sejak 1hb Julai 2010 yang lalu.
Surau yang sedia ada hanya mampu menampung jemaah seramai 80 orang sahaja berbanding jumlah penduduk melebihi 2000 orang.
Dengan ini saya bagi pihak surau memohon pihak masjid menyiarkan pencarian dana saham wakaf pembesaran surau dalam blog Masjid As Salam.
Nama Surau: Surau Al Mawaddah
Alamat : Pangsapuri Orkid , Persiaran Prima Utama
Taman Puchong Prima
47150 Puchong
Selangor

Pengerusi: Tn Hj Abdul Razak bin Ahmad
No telefon: 019-3277996
No akaun surau: MAYBANK ( 562777100246)
Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar surau sebelum dirobohkan dan yang terkini untuk pengetahuan umum.

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai
Sekian . Terimakasih

Yang Benar
Hj Abdul Razak Bin Ahmad
Pengerusi Surau Al Mawaddah.
(Tel : 019-3277996)




Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories