Selasa, Julai 06, 2010

Majlis Pengislaman Warga Nigeria disambut meriah


En Ery Sudirman, Pegawai Khas kepada Nazir As-Salam (kanan) sedang memberi penerangan kepada Emmanuel Shino dan disaksikan oleh Imam Muda Masjid As-Salam Ust Firdaus Al-Hafiz (berkopiah hitam) sebelum majlis berlangsung

Pada 26hb Jun 2010 yang lalu, dalam pukul 6.30 petang Saya di datangi oleh seorang pelajar warganegara Nigeria dari IPTA Swasta yang berhampiran untuk menyatakan hasrat beliau untuk memeluk Agama Islam.

Nama penuh beliau adalah NWANKWO EMMANUEL SHINO. Beliau berhasrat untuk memeluk agama Islam kerana tertarik dengan Agama Islam itu sendiri dimana kawan-kawan sekampus beliau terdiri dari warga Nigeria yang beragama Islam.

Ust Idris Saniman Al-Hafiz (Imam I Masjid As-Salam) mengajar dan membantu dalam pengucapan shahadah

Menurut beliau lagi, sebelum ini beliau banyak belajar tentang agama Islam itu dari kawan-kawan yang beragama Islam. Untuk merealisasikan hasrat beliau, Saya menyarankan supaya beliau datang semula selepas waktu maghrib dan memastikan yang beliau mandi dahulu dan membersihkan diri sebelum majlis pengislaman nanti.

Saya menyarankan beliau dan menerangkan kepada beliau kenapa ia perlu dilakukan berdasar dari hadis sahih dan mengambil ikhtibar dari pengislaman Saidina Umar. Saya menyatakan Saidina Umar memeluk Islam dengan diajar mandi hadas sebelum baginda memegang dan membaca dan seterusnya memeluk agama Islam pada zaman Rasulullah S.a.w setelah mendengar dan membaca potongan dari ayat surah TOHA yang dibaca oleh adik Saidina Umar.

Majlis Pengislaman di pengerusikan oleh Nazir Masjid As-Salam Tuan Haji Yasim Mohamed dan disempurnakan pengislaman beliau oleh Imam 1 Masjid As-Salam Puchong Perdana iaitu Ustaz Idris Saniman serta di saksikan oleh para jemaah sekalian.

Selepas ucapan lafaz khalimah syahadah dari beliau yang dibantu oleh Ustaz Idris hampir kesemua jemaah yang hadir berpelukan dan mengucapkan tahniah diatas pengislaman beliau.



Beliau memilih Nama Muhammad Shino sebagai nama resmi Islam beliau. Menurut beliau lagi SHINO merupakan nama Islam yang banyak dipakai guna oleh warga Nigeria yang beragama Islam bermaksud Hidayah dalam bahasa Nigeria.

Yang menariknya disini pengislaman beliau adalah semasa berlakunya Gerhana Bulan yang menggambarkan kebesaran Allah s.w.t pada malam tersebut.

Sekian Laporan dari
Ery Sudirman Basri
Pegawai Khas kepada Nazir As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories