Selasa, Julai 06, 2010

USTAZ ARIFFIN HARUN DI MASUKKAN KE HOSPITAL SERDANG KERANA KOMPLIKASI JANTUNG

Tn Hj Sobri semasa melawat Ust Ariffin di hospital

3 Julai jam 5.30 petang saya bersama rombongan seramai 20 orang yang diketuai oleh Pengerusi Biro Dakwah, Tuan Haji Sobri telah membuat lawatan menziarahi Ustaz Haji Ariffin Harun yang sedang terlantar sakit akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, Selangor.

Turut bersama dalam lawatan tersebut Pengerusi Biro Ekonomi, Encik Zakaria dan wakil Biro Kebajikan, Encik Norhesham. Kami dimaklumkan bahawa Ustaz telah di masukkan ke Hospital sejak 1 julai lagi dengan keadaan yang agak kritikal.

Ustaz merupakan salah seorang penceramah yang mengajar ilmu Tauhid di Masjid As-Salam setiap hari ahad selepas solat maghrib, boleh dikatakan Ustaz Ariffin amat di kenali oleh anak kariah di sekitar Puchong. Sewaktu kami sampai di wad, Ustaz kelihatan begitu lemah, dan saya dimaklumkan oleh isteri beliau ustaz baru sahaja lepas dilakukan pembedahan “ memasukkan bateri jantung” keatasnya.

Beberapa orang jemaah Masjid As-Salam menunggu giliran untuk melawat Ust Ariffin di Hospital Serdang

Katanya lagi, doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan segera kerana keadaan Ustaz ketika itu terlalu kritikal di sebabkan jantungnya berhenti beberapa saat pada jam 12.00 tengahari.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dan berkat doa serta solat hajat oleh anak kariah yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid As-Salam, Ustaz Idris selepas solat Jumaat yang lalu, Ustaz melalui pembedahan tersebut dengan begitu mudah dan kembali stabil.

Setelah bertemu sendiri dengan Ustaz di wadnya, kami menghembus nafas lega setelah melihat Ustaz dapat mengingati dan terus menegur kami walaupun didalam keadaan yang amat lemah. Sebelum kami pulang, Ustaz sempat berpesan pada kami untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh anak kariah Masjid As-Salam kerana sudi mengadakan solat hajat untuknya.

Kemudian pada 5 julai saya diberitahu oleh salah seorang anak kariah yang menghubungi saya melalui telefon memaklumkan bahawa keadaan Ustaz kini kembali tidak stabil, dengan kadar bacaan dengupan jantung yang amat rendah , Ustaz terpaksa dipindahkan dibawah pengawasan unit ICU.

Saya merayu kepada seluruh anak kariah yang melayari blog Masjid As-Salam dapat menyampaikan berita ini kepada anak kariah yang lain terutamanya yang mengenali Ustaz sekali gus dapat bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T agar kesihatan Ustaz kembali baik dan moga-moga dipanjangkan umur.

Afizan,
Melaporkan untuk Biro Dakwah Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories