Selasa, Julai 06, 2010

Kursus Haji Bersiri 2010 berakhir dengan jayanya

Tuan Nazir Masjid As-Salam menyampaikan ucapan penutup kursus


Setelah 18 siri berlansung setiap minggu hari ahad yang bermula dari 7 mac, kini kursus haji bagi sesi 2010 di Masjid As-Salam sudah pun berakhir. Seramai 268 orang peserta berjaya menamatkan kursus ini. Kursus yang pada asalnya berakhir pada 27 jun lalu, terpaksa ditunda kepada 4 julai atas sebab pertembungan program dengan karnival Masjid As-Salam.
Pada majlis penutupan kursus, Ustaz Sofian Ismail di jemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan ibadah haji. Ustaz turut menekankan tentang penyucian jiwa dan menceritakan sejarah nabi Muhamad S.A.W ketika menunaikan haji.
Peserta kursus haji tekun mendengar ucapan Tuan Nazir

Seseorang yang akan menunaikan haji juga perlulah bersangka baik pada Allah dengan percaya, yakin bahawa Allah akan sentiasa menolong dan memudahkan hambanya sepanjang berada di tanah suci. Seseorang itu juga tidak perlu berasa takut dengan mendengar cerita-cerita sesetengah pihak yang mengatakan balasan dosa dari Allah akan menimpa jika seseorang itu pergi menunaikan ibadah haji.


Apa yang penting, seseorang itu perlulah membersihkan dirinya dari segala dosa dan akan sentiasa taat pada perintah Allah, barulah seseorang itu akan pulang dengan membawa haji yang mabrur.

Selepas sesi Ustaz Sofian, giliran Encik Samad selaku Pengerusi Jawatan Kuasa kursus haji membuat ucapan ringkas berkenaan sepanjang kursus.

Pada hujung majlis penutup kursus, Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed diberi penghormatan membuat ucapan sekali gus menutup program kursus haji tersebut.

Antara isi ucapan yang penuh bersemangat oleh Tuan Nazir, beliau menyatakan betapa nikmatnya yang akan dirasai oleh seseorang itu semasa dan selepas menunaikan haji jika diri dan hati kita sudah di bersihkan dengan bertaubat kepada Allah S.W.T sebelum sampai ke tanah suci.
Cenderahati disampaikan oleh Tuan Nazir kepada Wakil Tabung Haji

Kita boleh lihat kesannya apabila pulang dari ibadat haji nanti, seseorang yang pulang dengan membawa haji yang mabrur pasti akan berubah dari segi amalan dan corak kehidupannya.

Impak daripada Haji yang mabrur dapat dilihat menerusi transformasi yang berlaku kepada keperibadian dan sikap seseorang Haji dan Hajjah serta aspek kehidupan sosial dan kemasyarakatan .

Selepas selesai membuat ucapan, Tuan Haji Yasim Mohamed turut menyampaikan cenderahati kepada ahli jawatankuasa (ajk) yang terlibat dalam menjayakan kursus haji ini dari mula hingga akhir. Pihak pengurusan kursus haji juga turut menghadiahkan 2 set projector kepada pihak Masjid As-Salam sebagai tanda terima kasih.

Untuk makluman, pihak pengurusan kursus haji telah menerima sebanyak RM 26,750.00 hasil dari kutipan yuran peserta. Itu tidak termasuk hasil dari kutipan derma tabung bergerak yang diadakan setiap kali kursus berlangsung, dan semua hasil kutipan tersebut digunakan bagi menampung bayaran tenaga pengajar yang dibayar setiap minggu sebanyak RM200, pembelian 2 set projector, 2 set skrin putih, logistik, makanan dan minuman peserta.

Afizan,
Melaporkan untuk “Majlis Penutup Kursus Haji”
Gambar oleh,
Husin Hasran

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories