Ahad, Julai 18, 2010

Demontrasi Silat Di Karnival Masjid As Salam Berjalan Lancar

Barisan Anak Gayong Masjid As Salam
Tahniah buat semua ahli Silat Seni Gayong Gelanggang Masjid As Salam Puchong Perdana kerana memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan demontrasi silat sempena Karnival Masjid As Salam dua minggu yang lalu.

Seramai 40 orang ahli gelanggang Masjid As Salam terlibat dalam demonstrasi tersebut dan kepada yang tidak terpilih, harap jangan kecil hati dan masih ada peluang yang lain di masa yang akan datang.

Selain daripada itu tambahan 18 orang yang terpilih daripada gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Bandar Saujana Putra turut memeriahkan lagi demonstrasi tersebut.

Anak buah Cikgu Along daripada Bandar Bukit Puchong dan Saujana Putra turut memeriahkan demo silat

Untuk kali pertamanya juga, pasukan team latihan khas (demo) yang terdiri daripada bengkung kosong dan putih kosong diturunkan semalam bagi memeriahkan lagi demonstrasi tersebut.
Walaupun masih lagi baru dalam latihan silat, tetapi persembahan team tersebut dalam permainan kosong dan senjata amat-amat tidak mengecewakan pihak gurulatih mahupun pengunjung.
Peserta Demo pada hari tersebut

Malah beberapa pihak penjaga melahirkan rasa tidak percaya melihat permainan anak-anak mereka walaupun masih 3-5 bulan menjalani latihan.

Sumber: http://www.kssgayong.com/

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories