Khamis, Jun 03, 2010

Suasana Jumaat 28/5/2010 di Masjid As-Salam Puchong Perdana

Solat Jumaat baru-baru ini pada 28/5 agak istimewa sedikit dari kebiasaan, mana tidaknya, kelihatan 2 hingga 3 Biro Masjid As-Salam sibuk menjalankan tugasan mereka.
Antaranya ialah Biro Belia yang diketuai oleh Encik Roslan Hanapiah sedang membuka kaunter pendaftaran bagi penyertaan untuk pertandingan ping pong dan karom anjuran Biro beliau.

Begitu juga kaunter pendaftaran bagi Program Smart Solat sempena cuti sekolah akan datang yang diuruskan oleh Encik Ery Sudirman anjuran Masjid As-Salam, kursus ini diuruskan sepenuhnya oleh satu organisasi yang dilantik khas oleh JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).

Disamping itu juga kaunter pendaftaran untuk khairat kematian yang diuruskan oleh Tuan Haji Hamdan turut bersama dibuka. Dan apa yang lebih istimewanya lagi, Biro ekonomi julung-julung kalinya akan merasmikan “CAR WASH” nya pada hari yang sama, oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam, Haji Yasim Mohamed serta 2 orang pemberita dari akhbar KOSMO yang berminat untuk membuat liputan akhbar tentang Projek Car Wash tersebut.

Jemaah yang hadir pada solat jumaat juga boleh dikatakan lebih daripada biasa, ini adalah kerana jatuhnya hari cuti wesak pada hari itu dan kesempatan ini juga diambil oleh sekelompok kecil beberapa orang ahli sukarelawan yang membuat bantahan secara aman berkenaan isu yang sedang panas melanda Negara sekarang ini.
Saya dimaklumkan juga peniaga-peniaga gerai di kawasan parkir Masjid As-Salam semakin bertambah setiap minggu kini jumlahnya mencecah 42 gerai. Ia sedikit sebanyak menampakkan petanda baik pada peniaga-peniaga bahawa Masjid adalah tempat yang baik bagi mereka mencari rezeki menambah pendapatan.


Hanya bayaran sebanyak RM 5, tapak yang disediakan oleh pihak Masjid cukup selesa, apa yang diharapkan oleh pihak Masjid As-Salam supaya peniaga-peniaga ini dapat memberi kerjasama iaitu dengan menjaga kebersihan serta berhenti berniaga sementara ketika mula masuk waktu hingga habis waktu solat jumaat.
Inilah diantara Visi dan Misi Masjid As-Salam yang seringkali dijelaskan oleh oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam agar peranan Masjid bukan sahaja satu-satunya tempat beribadah, malah boleh memberi khidmat serta ianya boleh memainkan peranan sebagai pusat kegiatan aktiviti sihat dikalangan anak kariah setempat.
Dengan adanya aktiviti sedemikian, ianya dapat menarik anak kariah terutamanya golongan remaja agar diri mereka dekat dengan Masjid.

Untuk makluman, Kejohanan Ping Pong dan karom serta Program Smart Solat sempena cuti sekolah masih dibuka untuk pendaftaran. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan dan ingin menghantar anak-anak untuk menghadiri program diatas, bolehlah berhubung terus dengan Encik Roslan : 012-3726328 (ping pong & karom) dan Encik Ery Sudirman : 016-3206089 (Program Smart Solat).

Masjid juga ada menyediakan kemudahan seperti meja ping pong sebanyak 3 buah dan meja karom sebanyak 3 buah untuk anak kariah melakukan aktiviti beriadah.

Bagi anak-anak kariah yang ingin mencuci kereta sambil beramal, bolehlah menghantar kenderaan masing-masing ke As-Salam Car Wash yang dibuka setiap hari kecuali jumaat, dari jam 0900 – 1830. Setiap keuntungan akan dimasukkan terus ke Tabung Biro Ekonomi Masjid.

Afizan,
Melaporkan untuk Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories