Rabu, Jun 16, 2010

MENJANA EKONOMI MASJID

Menjana ekonomi masjid
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


MASJID As Salam Puchong Perdana, Puchong ingin menjadi masjid contoh menjalankan aktiviti ekonomi untuk memberi manfaat kepada kariah sekitarnya.

SETIAP minggu, suasana di perkarangan Masjid As Salam, Puchong Perdana, Selangor cukup meriah dengan aktiviti jualan sebelum dan selepas solat Jumaat.

Menariknya, ia dirancakkan lagi dengan pelbagai ragam lebih 40 peniaga gerai yang cuba menarik pelanggan bagi melariskan jualan masing-masing.
Antara barangan yang dijual adalah ubat-ubatan tradisional, air minuman, buku dan cenderamata.

Hasilnya, pembeli yang bijak menawar menang membeli, peniaga tersenyum dengan hasil keuntungan manakala pihak masjid mendapat keuntungan daripada wang hasil sewaan tapak gerai.

Semua ini secara tidak langsung membuktikan peranan masjid tidak lagi dilihat sebagai rumah ibadat yang hanya menumpukan kepada program keagamaan.

Sebaliknya, ia mampu dijadikan pusat pelbagai kegiatan yang boleh menjana ekonomi sekali gus dapat dinikmati oleh kariah sekitarnya.

Turut dikenali sebagai Masjid Terapung, Masjid As Salam Puchong Perdana giat merencana pelbagai program perniagaan untuk menambah sumber kewangan sedia ada.

Dibina di atas bekas lombong, pelbagai aktiviti dijalankan di masjid ini.
Antaranya, program Infak Biro Kebajikan Masjid As Salam, pusat mencuci kereta, program ekonomi, karnival, penganjuran kem-kem motivasi dan riadah remaja, sukan selain sewaan dewan untuk majlis perkahwinan dan seminar.

Berbicara ringkas dengan Ketua Biro Kebajikannya, En Harun Nayan, 50, wang hasil derma melalui program infak akan disalurkan kepada golongan miskin yang memerlukan.

Jelasnya kepada Jurnal baru-baru ini, perkara itu dapat direalisasikan melalui sebuah khemah yang menempatkan pelbagai barangan yang akan didermakan seperti kopi, gula, susu pekat manis dan beras 10 kilogram yang ditempatkan di pekarangan masjid setiap Jumaat.

“Syukur, program yang sudah berjalan lebih empat bulan ini berjaya membantu kariah miskin di sekitar masjid. Malah, berkat sumbangan orang ramai juga, kini bantuan sama turut diberikan kepada fakir miskin di sekitar Bangi dan Shah Alam.

“Selain itu, kami juga membantu masyarakat bukan Islam kerana mereka yang kesusahan perlu dibantu tanpa mengira ras agama, bangsa mahupun kaum,” katanya.

Ujarnya, wang derma yang diperolehi mencecah RM300 seminggu selain sumbangan persendirian.

Kedai mencuci kereta


Aktiviti ekonomi Masjid As Salam dipergiatkan lagi dengan Biro Ekonomi Masjid As Salam yang menjalankan aktiviti jualan produk makanan dan minuman, juga diadakan selepas solat Jumaat.



Diketuai oleh Ketua Bironya, En Zakaria Mohd. Ali, 42, aktiviti yang dijalankan itu tidak terhad pada waktu puncak sebelum solat Jumaat malah ia diadakan setiap hari selepas kuliah Maghrib.




“Selain aktiviti masjid, hasil jualan pelbagai barangan makanan sunnah seperti kurma, susu, madu, air minuman kordial dan makanan kesihatan mampu mencecah empat angka sebulan.

“Hasilnya akan digunakan untuk menggerakkan program masjid pada masa akan datang tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kewangan masjid,” katanya.

Sementara itu, menurut Nazir Masjid As Salam, Tn Hj Yasim Mohamed, 50, idea untuk menjana ekonomi masjid timbul semasa beliau menjadi Presiden Al Huda Islamic Centre di Athens, Georgia, Amerika Syarikat (AS).


“Saya lihat di sana aktiviti yang dijalankan oleh masjid sangat efektif. Masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadat tetapi ia turut memainkan peranan penting sebagai pusat perkembangan Islam.

“Mereka mempunyai Pengurus Masjid yang cukup profesional kerana berupaya menjana ekonomi masjid dengan mengusahakan kafe, Islamic School, sekolah rendah dan menengah, kolej, menyewakan lot kedai, kedai runcit, kedai dobi serta bilik seminar.

“Malah, tanpa sebarang bantuan kerajaan Amerika Syarikat, masjid juga dapat menjana keuntungan yang tinggi,” katanya.

Dek pengalaman itu, beliau bertekad untuk mempelbagaikan aktiviti di masjid sebaik saja dilantik menjadi Nazir Masjid As Salam pada 1 Jun 2009 yang lalu.

“Alhamdulillah, program Infak dan perniagaan Biro Ekonomi mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih memberangsangkan lagi, kutipan derma semasa solat Jumaat juga ada ketikanya meningkat sehingga mencecah RM7,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.

“Selain itu, sewaan bilik seminar untuk majlis perkahwinan dan forum juga mendapat sambutan hangat. “Malah, tidak lama lagi masjid ini akan mempunyai mesin ATM, telefon awam, mesin menjual air sendiri,” katanya.



Tambah Tn Hj Yasim, Masjid As Salam juga bakal memiliki rumah rehat, kafe, kedai cenderamata serta kafe siber.

“Saya berhasrat menjadikan masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadat tetapi berfungsi menjadi pusat perkembangan sosial, ekonomi sekali gus dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

“Kami juga merancang untuk mengadakan karnival Islam yang dapat memberi peluang kepada lebih ramai peniaga kecil berniaga di sini,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

There are individuals who like heading shopping for a motor vehicle, and many more believe it is totally stressful. If you belong to the next group, you can expect to make use of learning more about the process. The content below need to provide you with assurance-increasing tips and tricks.

Try not to take the youngsters along. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/sac-longchamp-pliage-carreaux-c-11.html]Sac Longchamp Pliage Carreaux[/url] Is there a store that sells LONGCHAMP bags in Riyadh? Your kids is only going to frustrate you when you are discussing. You can even be tempted to make a deal that's not smart just so that you can take your child property.

Search online to find the best available discounts. A straightforward Search on the internet could help you save a lot of money. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/sac-longchamp-pliage-cheval-au-g-c-12.html]Sac Longchamp Pliage Cheval[/url] quelle taille est la mieux pour un sac Longchamp ? S ou M ? moi j'ai M mais il m'a l'aire trop grand When you track down the product you need, you may proceed to the dealer directly or possess a community car dealership deliver the auto for your needs. In case the car isn't very far out, take into account driving a vehicle up to the car dealership in order to save on your own additional funds.

If you're trying to find a new vehicle, speak to your lender concerning your personal loan possibilities before proceeding store shopping. This will help you know what amount of cash you are able to use and the particular interest rate you will certainly be looking at. Many times the financing division of any car dealership can find far better prices than your banking institution. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/longchamp-pliage-grande-mura-c-15.html]Longchamp Pliage Grande Mura[/url] I had been looking at the Longchamp version of this bag, but could not justify paying $125 or more for a vinyl tote bag. You need to have a sense of what you should like your rate of interest to become before starting buying.

Prevent car sellers which do not have a good hunting whole lot. They can just market lemons with higher price tags. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/sac-%C3%A0-dos-longchamp-c-2.html]Sac à Dos Longchamp[/url] What color Longchamp bag should i get? If you are not surprised by the whole lot alone, the automobiles sold there may be bad at the same time.

Don't neglect a test drive. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/sac-longchamp-pliage-cheval-au-g-c-12.html]Sac Longchamp Pliage Cheval[/url] d¨¦couvrez les sacs tendance de la marque Longchamp. No matter how perfect the auto looks, you need to test generate it. Hands-on expertise in the auto is important. You will probably find how the automobile carries a rougher trip than expected or is simply not the things you awaited.

Be sure to read what you're signing. Be sure to study each of the forms before you decide to set your signature onto it. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/sac-%C3%A0-dos-longchamp-c-2.html]Sac à Dos Longchamp[/url] qui pourrait me donner des tuyaux pour le quint¨¦+ de la course de l'Arc de Triomphe ¨¤ Longchamp ce dimanche? Once you have agreed upon, your lawful commitments are set in gemstone. You can demand to accept the contract home together with you to look at it much more closely prior to signing it. Should they won't enable you to, ask for a backup from the terms or even the buy deal.

With a much stronger knowledge of vehicle purchasing, now is the time to get started your homework. Take the issues this article taught you together with you'll be much less stressed out when you start your pursuit for that perfect auto. Take constantly you require and concentrate on choosing the best car. [url=http://www.pascherlongchampsac.eu/longchamp-pliage-grande-mura-c-15.html]Longchamp Pliage Grande Mura[/url] Sac Longchamp Pliage est faible de 36 euroes, economiser de argent sur le sac Longchamp maintenant.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories