Rabu, Jun 02, 2010

Majlis Penyerahan Tugas Surau Raayah Puchong Permai berjalan lancar

Setelah selesai mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa (ajk) baru bagi surau-surau yang berakhir pada 15 mei lalu, kini tiba pula penyerahan tugas dari pihak ajk lama kepada yang baru. Surau Ra’ayah yang terletak di Puchong Permai juga tidak terkecuali dari tanggungjawab ini.
Seperti arahan yang termaktub di dalam enakmen JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS), setiap surau hendaklah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas kepada ajk baru yang dipilih oleh anak kariah dengan penuh telus dan mesti diadakan penyerahan tugas tersebut dengan disaksikan anak kariah setempat serta wakil dari pihak Masjid.
Didalam proses penyerahan Tugas itu, pihak ajk lama harus membentangkan akaun dan mengistiharkan harta hak milik surau agar ianya tidak menimbulkan sebarang keraguan, ini juga memudahkan ajk yang baru untuk mentadbir surau di masa akan datang.
Surau Ra’ayah adalah diantara surau-surau di bawah Masjid As-Salam kini telah selesai menunaikan kewajipan tersebut. Atas rasa keperihatinan dan tanggungjawab, Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed serta 2 orang ahli jawatankuasanya turut bersama dalam proses penyerahan Tugas tersebut. Sebelum penyerahan Tugas berlansung, Tuan Nazir berkesempatan untuk solat isyak berjemaah bersama anak kariah setempat, dan Imam baru dari Masjid As-Salam Ustaz Firdaus Al-Hafiz telah turut dibawa khas oleh Tuan Nazir bagi megimami solat isyak tersebut.
Selepas proses taklimat pembentangan akaun surau oleh Bendahari Surau Raayah Encik Mohd Radzi Yunus selesai, Timbalan Pengerusi Surau Ra’ayah Encik Uzir Mohd Jalal juga membuka ruang untuk anak kariah bertanyakan soalan kalau-kalau ada dikalangan mereka keliru atau kurang berpuashati dengan pembentangan tersebut.
Alhamdullilah hanya sedikit soalan-soalan kecil yang ditanya oleh anak kariah. Dan setelah selesai sesi soal jawab, penyerahan Tugas kedua-dua pihak terus dijalankan tanpa ada sebarang masalah. Proses penyerahan Tugas kedua-dua pihak ini juga kelihatan lebih matang dan menunjukkan bahawa mereka ini mudah atau boleh bekerjasama di masa akan datang di dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh anak kariah setempat.
Proses Penyerahan Tuasa ini hanya mengambil masa selama setengah jam. Saya juga dimaklumkan, bahawa pihak ajk baru ini telah menubuhkan Biro-biro mereka sendiri bagi memastikan Surau Ra’ayah akan terus aktif, maju serta dapat memberi manafaat kepada anak kariah.
Harapan Tuan Nazir supaya pihak surau dan pihak Masjid akan sentiasa seiiring dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada masa-masa hadapan.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories