Khamis, April 22, 2010

Tn Hj Abdul Razak dipilih sebagai Pengerusi Surau Al-Mawaddah Puchong Prima

Kini sudah 7 buah surau di dalam kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana sudah selesai mengadakan mesyuarat agung perlantikan ahli jawatankuasa (AJK) baru untuk sesi 2010-2013.
Bukan di kawasan Puchong sahaja, malahan diseluruh surau-surau di negeri Selangor wajib mengadakan mesyuarat ini. Ianya adalah arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan bahawa setiap ahli ajk yang memegang jawatan di sesebuah Masjid atau surau perlulah menjadi pilihan anak kariah setempat dan bukan lagi dilantik oleh individu-individu tertentu yang berkuasa.
Syarat dan tatacara ini sebenarnya sudah termaktub didalam enekmen Pentadbiran Masjid dan Surau JAIS sejak 2001 lagi. Namun diatas sebab-sebab tertentu suatu masa dulu, pihak JAIS tidak dapat merialisasikannya.
Kini ia mula dikuatkuasa semula oleh JAIS, dan setiap Masjid atau surau perlu mematuhinya. Surau Al-Mawaddah yang terletak di Puchong Prima lokasi antara Pangsapuri Orkid dan Lotus, juga diantara surau-surau di bawah kariah Masjid As-Salam telah selesai mengadakan mesyuarat ini.
Pada 18/4/2010 selepas solat isyak seramai hampir 80 orang anak kariah daripada 200 yang berdaftar telah hadir pada mesyuarat tersebut untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih siapa diantara mereka benar-benar layak untuk mentadbir surau Al-Mawaddah.
Pada jam 9.30 malam, selepas sahaja sesi pendaftaran anak kariah, Tuan Haji Abd Razak selaku pengerusi Surau Al-Mawaddah telah menyampaikan ucapan permulaan mesyuarat, pada ucapan tersebut, beliau telah berkongsi sedikit pengalaman sepanjang pentadbirannya dengan seluruh anak kariah termasuk Tuan Nazir yang hadir pada mesyuarat itu, Tuan Haji Abd Razak menyatakan, bahawa beliau berasa agak terkilan akan pendaftaran anak kariah di suraunya, ini adalah kerana, purata penduduk Islam jika diambil kira sekitar Pangsapuri Orkid dan Lotus sahaja telah mencecah 1000 orang.
Dan ia tidak termasuk isi penduduk di sesebuah rumah itu, tetapi yang berdaftar hanya 200 orang. Sedangkan pihak surau telah menggantung banner untuk anak kariah mendaftar sudah hampir satu bulan.
Surau Al-Mawaddah ini juga tidak kurang hebat dari segi pengajiannya, sebanyak 25 pengajian sebulan telah diadakan untuk manafaat anak kariah setempat. Ianya berlansung pada dua sesi, iaitu pada waktu siang dan malam.
Tuan Haji Abdul Razak dibantu oleh 25 orang ajk yang aktif mentadbir dan menguruskan surau, yang lebih membanggakan lagi, selain tabung surau, Surau Al-Mawaddah juga mempunyai satu lagi tabung yang di gelar “reserved funds”.
Ia hanya di kutip dari kalangan 25 orang ajk sahaja, mereka juga boleh dikatakan tiada masalah dalam bentuk kewangan untuk mengadakan sesuatu program. Katanya lagi, surau Al-Mawaddah kini dalam proses terakhir untuk meroboh serta membina semula surau tersebut, dan hanya menuggu kelulusan pihak MPSJ.
Tujuannya adalah untuk membesarkan lagi keluasannya bagi memberi keselesaan pada jemaah yang semakin hari semakin bertambah. Maka tidak hairanlah jika Tuan Haji Abd Razak dipililh semula tanpa ada tandingan untuk menerajui kembali surau Al-Mawaddah. Contoh kepimpinan seperti inilah yang patut ada pada setiap pengerusi di surau-surau agar sentiasa sensitif dan peka dalam menitik beratkan soal yang melibatkan kepentingan hal-hal agama dan juga menjadi contoh yang baik pada seluruh masyarakat islam setempat.
Beliau bersama ajknya juga mempunyai cara yang tersendiri untuk memikat hati jemaah-jemaah yang baru ingin berjinak-jinak dengan surau supaya mereka ini akan kekal aktif bersolat berjemaah di surau.
Pihak jawatankuasa pemilihan dari Masjid As-Salam juga kagum dengan cara ajk surau Al-Mawaddah membuat persiapan untuk mengadakan mesyuarat ini, ia Nampak begitu teratur dari mula hingga akhir, dan semua persiapan dilakukan dengan secara bergotong royong dari pihak muslimin mahu pun muslimat.
Untuk makluman, Tuan Haji Abd Razak ini adalah Pengusaha Stesen minyak Caltex yang terletak di Puchong Permai.

Afizan,
Laporan untuk JAWATANKUASA PEMILIHAN MASJID AS-SALAM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories