Isnin, April 12, 2010

Taklimat Tatacara Pencalonan dan Pemilihan J/Kuasa di Surau Al-Ehsan Flat Puchong Permai

Puchong, 9 April 2010, Bertempat di Surau Al-Ehsan, blok F4 di Flat Puchong Permai, Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed bersama 2 orang ahli jawatankuasa(AJK) pemilihan surau-surau telah dijemput untuk memberi taklimat berhubung mesyuarat agung pemilihan ahli jawatankuasa baru peringkat surau bagi penggal 2010-2013.
Taklimat yang mengambil masa hampir satu jam itu telah disampaikan oleh Tuan Nazir dengan begitu jelas akan enakmen serta tatacara bagi mengadakan mesyuarat agung pemilihan ajk baru.
Ia turut menyentuh secara terperinci berkenaan syarat-syarat yang perlu ada pada setiap ajk baru bagi menyandang sesuatu jawatan. Dan setiap ajk yang hendak dilantik diwajibkan mempunyai kretiria-kretiria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini adalah kerana, supaya setiap ajk baru yang dilantik nanti dapat menjalankan amanah mereka untuk mentadbir sesebuah surau itu dengan begitu lancar serta dapat memberi contoh yang baik pada anak-anak kariah setempat.
Tuan Nazir juga turut menegaskan bahawa pendaftaran anak kariah bagi Surau Al-Ehsan Flat Puchong Permai perlu disegerakan, kerana tempoh yang ditetapkan oleh pihak JAIS bagi surau-surau di negeri Selangor untuk mengadakan mesyuarat akan berakhir pada 15 Mei ini.
Apa yang difahamkan bahawa surau Al-Ehsan masih belum lagi membuat apa-apa persiapan untuk mengadakan mesyuarat termasuklah mendapatkan maklumat atau pengesahan anak-anak kariah setempat bagi yang layak mengundi.
Tuan Nazir juga menyarankan supaya pendaftaran anak-anak kariah perlu berakhir selewat-lewatnya hujung April ini agar mesyuarat dapat diadakan seawal bulan Mei depan.
Tuan Nazir turut menjelaskan mengenai segala enakmen dan tatacara yang disampaikan itu datangnya dari pihak JAIS, dan ianya telah termaktub didalam peraturan semenjak tahun 2001 lagi. Kini dikuatkuasakan semula oleh JAIS supaya setiap ajk baru yang dilantik benar-benar menjadi pilihan masyarakat Islam setempat, dan bukan lagi dilantik sewenang-wenangnya yang melibatkan kepentingan politik atau berkepentingan sendiri oleh individu-individu yang mempunyai kuasa tertentu.
Ini adalah jelas, selalunya pilihan masyarakat itu adalah lebih tepat berbanding dilantik tanpa ada pemilihan. Kerana masyarakat setempat itu lebih mengenali akhlak sesorang individu itu samada mereka benar-benar layak atau tidak untuk memimpin mereka.
Walaupun dikalangan kelompok yang kecil, tetapi harapan masyarakat setempat begitu besar supaya tanggungjawab yang diamanahkan itu dapat memberi manafaat, baik dari segi agama, kebajikan dan kehidupan sosial seharian mereka.

Afizan,
Laporan untuk,
AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMILIHAN, MAJID AS-SALAM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories