Khamis, April 01, 2010

Taklimat Khas kepada Penolong Amil Kariah Masjid As-Salam

Satu taklimat khas untuk “Penolong Amil Kariah” bagi kawasan Puchong di bawah pentadbiran Masjid As-Salam telah diadakan pada 30/3/2010 selepas solat isyak di bilik mesyuarat Masjid As-Salam. Taklimat tersebut yang dihadiri oleh Tuan Nazir, Tuan Haji Yasim Mohamed dan 12 orang Penolong Amil itu telah di sampaikan oleh Ustaz Khairuddin dan dibantu oleh En Harun. Mereka terlebih dahulu telah mendapat taklimat awal dari Lembaga Zakat Selangor (L.Z.S) Daerah Petaling dan di pertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada seluruh Penolong Amil kawasan Puchong. Antara isi penting taklimat yang disampaikan ialah ciri-ciri atau syarat-syarat kriteria Penolong Amil. Mereka mestilah:-

a) Islam
b) Merdeka
c) Taklif (mampu bekerja & bertanggungjawab)
d) Mengetahui hukum bab zakat
e) Adil (tidak fasik & tidak zalim)
f) Amanah & telus (tidak pilih kasih cth:- hal-hal yang melibatkan politik)
g) Dapat menulis, membaca dengan baik.
h) Berperibadi mulia (mesra & boleh dipercayai)
i) Masih sihat, boleh mendengar & melihat
j) Lelaki
k) Had umur 30-60 tahun

Dan kaedah perlantikan mereka diambil kira dari cadangan oleh AJK Masjid. Tugasannya pula ialah bagi membantu Ketua Amil mengenal pasti golongan asnaf di kawasan masing-masing serta mendapatkan maklumat terperinci golongan tersebut agar mereka benar-benar layak serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh LZS.


Penolong Amil juga turut di bekalkan oleh LZS tentang maklumat senarai nama penerima asnaf zakat kawasan masing-masing yang sudah atau pernah mendapat bantuan. Ia adalah bertujuan bagi memudahkan Penolong Amil menjalankan tugas mereka.

Penolong Amil juga diberi tempoh sebulan bagi menjalankan bancian serta kaji selidik golongan asnaf tersebut dan setiap borang permohonan yang lengkap perlulah mendapat pengesahan Nazir Masjid sebelum diserahkan kepada LZS.

Dijangkakan setiap golongan asnaf yang layak di kawasan Daerah Petaling akan menerima bantuan mereka bermula pada 15 julai – 11 ogos 2010. Sedikit maklumat mengenai Penolong Amil kawasan Puchong untuk memudahkan anak-anak kariah berhubung bagi mendapatkan keterangan lanjut :-
1. En. Asri B. Yaakob (Ketua Penolong Amil 013-2632430)
2. Haji Ahmad B. Hassan (017-6350661)
3. En. Harun Nayan (019-3287197 )
4. En Zakaria B. Md Ali (012-3412486)
5. Ustaz Khairuddin (013-3573568)
6. En Hadi b. Sabran (012-2093790)
7. En Rahman (016-2580378)
8. Haji Mohd Arif B. Yahya (013-3367178)
9. En. Suhaimi Ishak (012-2732177)
10. En. Aziz B. Hassan 012-2645579
11. En. Yusof B. Daud 017-2842254
12. Mohammad@Abd Ghani B. Yusof 019-2794604
13. Masri B. Salleh (Pak Man) 019-2640826


Atau anak-anak kariah Masjid AS-Salam juga boleh terus datang ke Masjid dan berjumpa dengan Pengurus Masjid (Ust Shahir) bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Afizan,
Laporan untuk Masjid As-Salam.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories