Jumaat, April 23, 2010

Surau Annajatul Hasanah Flat Puchong Permai mendapat Pengerusi baru.

11/4/2010 selepas solat isyak tiba giliran Surau Annajatul Hasanah Flat Puchong Permai pula untuk mengadakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) baru bagi sesi 2010-2013.

Seperti biasa Tuan Nazir Masjid As-Salam bersama jawatankuasa pemilihannya hadir untuk mengendalikan mesyuarat tersebut. Seramai 42 orang anak kariah yang berdaftar telah hadir untuk memilih barisan ajk baru dikalangan mereka bagi menerajui kepimpinan surau tersebut.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 0930 malam itu dimulai dengan taklimat ringkas dari Tuan Nazir, Tuan Haji Yasim Mohamed berkenaan enakmen serta tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ia bertujuan supaya seluruh anak kariah benar-benar faham akan tanggungjawab mereka dalam memilih seseorang individu itu agar pilihan mereka nanti tidak tersilap atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak JAIS.
Surau yang terletak di kawasan perumahan flat Puchong Permai ini asal pengerusinya ialah En Nadzar Yaakub. Tetapi pada kali ini kelihatan anak kariah ingin memberi peluang pula pada En Yusof Zimat untuk menerajui kepimpinan baru surau tersebut sambil dibantu oleh pengerusi lamanya yang bertindak sebagai salah seorang ajk yang menjadi pilihan anak kariah.
Apa yang boleh dibanggakan tentang surau ini, walaupun keluasannya agak sempit, tetapi jika dilihat dikalangan anak kariahnya yang hadir pada mesyuarat tersebut. Mereka ini kelihatan bersatu hati serta faham memahami antara satu sama lain.
Syabas diucapkan kepada En Nadzar kerana berjaya memupuk nilai-nilai yang murni dikalangan anak kariah setempat. Dan jawatankuasa pemilihan dari Masjid As-Salam juga ingin merakamkan setinggi-tinggi taniah kepada En Yusof kerana berjaya terpilih untuk menjadi pengerusi baru bagi sesi 2010-2013.
Semoga En Yusof bersama barisan ajk barunya nanti dapat menunjukkan contoh teladan yang baik dan juga mampu menaikkan martabat surau Anajatul Hasanah.

Afizan,
Laporan untuk JAWATANKUASA PEMILIHAN MASJID AS-SALAM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories