Jumaat, April 23, 2010

Surau Al-Masyitah Puchong Indah selesai Mesyuarat pemilihan

Bertempat di Surau Al-Masyitah Puchong Indah, pada 16/4/2010 selepas solat isyak telah diadakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) baru bagi seisi 2010-2013.

Seramai hampir 100 daripada 250 orang anak kariah yang telah berdaftar hadir pada malam itu bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih ajk baru bagi menerajui kepimpinan surau tersebut.

Dan sudah menjadi tanggungjawab Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed bersama jawatankuasanya hadir bagi mempengerusikan mesyuarat supaya ianya berjalan lancar serta mematuhi segala enakmen dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor( JAIS).

Pada awal mesyuarat, seluruh anak kariah dijamu dengan sedikit jamuan ringkas disusuli pula dengan pendaftaran, dan mesyuarat bermula kira-kira jam 1000 malam.

Tuan Nazir Masjid As-Salam yang bertindak sebagai pengerusi memulakan mesyuarat dengan menyampaikan sedikit taklimat ringkas akan syarat-syarat serta kriteria-kriteria yang perlu ada pada setiap ajk baru yang akan dilantik agar setiap dari mereka ini menepati akan kehendak pihak JAIS.

Bermula dengan jawatan pengerusi diikuti pula lain-lain jawatan seperti imam, bilal, siak dan ajk yang kesemua membabitkan 18 jawatankuasa. Dan boleh dikatakan hampir kesemuanya diisi semula oleh ajk yang asal.

Ini termasuklah jawatan pengerusi turut disandang semula oleh Tuan Haji Hamid. Undian menggunakan kertas undi telah dipilih oleh pihak surau bagi memastikan proses undian berjalan lancar serta ia nampak lebih telus bagi memastikan seluruh anak kariah berpuashati akan proses pengiraan undi yang dijalankan.

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Tuan Nazir akan kejayaan pengerusi asal berjaya mempertahankan jawatannya dengan undian yang tinggi, kelihatan seluruh anak kariah yang hadir pada malam itu terutamanya pihak muslimat begitu berpuashati sekali hingga mereka bersorak sambil bertepuk tangan kerana terlalu gembira meraikan kejayaan pengerusinya yang dipilih semula.

Ini adalah pengalaman pertama pihak ajk yang mewakili masjid menyaksikan peristiwa seperti itu berbanding lain-lain surau yang telah mengadakan mesyuarat.
Walau bagaimana pun pihak Masjid As-Salam merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Hamid serta barisan ajknya kerana berjaya dipilih semula untuk menerajui kepimpinan surau Al-Masyitah.

Semoga dengan kejayaan ini beliau dapat menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan akhlak yang mulia dalam menjalankan amanah yang diberi serta boleh menjadi contoh yang baik bagi anak kariah setempat.
Berikut senarai nama barisan AJK baru Surau Al-Masyitah:

Pengerusi : Tuan Haji Hamid (mantan Nazir Masjid As-Salam)
Imam : Tuan Haji Ahmad Hassan
Bilal : Tuan Haji Mokhtar
Siak : En Mohd Daud Aring
Ajk 1. En Abdul Halim
2. En Suhaimi
3. En Anuar Karimon
4. En Mohd Khozairi
5. En Ishak Karmin
6. En. Mohd Rozi Daud
7. En Ahmad Che Wan
8. En Yohyi Ramli
9. En Mohd Faizal
10. Tuan Haji Jamalludin
11. Pn. Siti Maimunah
12. Pn Salamah Wahab
13. Pn. Rohani Khalid
14. Pn. Normah Mohamad

Afizan,
Laporan untuk JAWATANKUASA PEMILIHAN MASJID AS-SALAM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories