Rabu, April 07, 2010

Lawatan Biro Dakwah ke Surau Al-Hikmah Puchong Intan

Biro Dakwah Masjid As-Salam yang di ketuai oleh Tuan Haji Sabri bersama beberapa ahli bironya telah membuat lawatan ke surau Al-Hikmah yang terletak di apartmen Puchong Intan. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Masjid dengan surau-surau di bawah kariah Masjid As-Salam. Ini adalah salah satu cara juga bagi pihak Masjid mengadakan hubungan dua hala supaya segala maklumat atau permasalahan yang berlaku di surau dapat disalurkan terus ke Masjid. Di samping lawatan tersebut, Biro Dakwah juga turut menyampaikan sedikit sumbangan wang ringgit bagi pihak Masjid As-Salam untuk menambah dana surau Al-Hikmah bagi tujuan aktiviti-aktiviti di surau. Tuan Haji Sabri juga turut diberi penghormatan untuk membuat sedikit ucapan pada lawatan tersebut. Pada ucapan balas oleh pengerusi surau Al-Hikmah, Tuan Zainal b. Md Saad, beliau berasa begitu terharu akan kedatangan wakil dari Masjid yang sudi hadir ke surau mereka. Kebetulan pula pada masa lawatan tersebut adalah kuliah mingguan Ustaz Abdul Syukur. Jika diizinkan Allah, Biro Dakwah dan ajk surau Al-Hikmah akan berganding bahu untuk mengadakan satu program ceramah perdana di surau ini. Program lawatan ke surau-surau ini akan di teruskan oleh Biro Dakwah dari masa ke semasa. Inilah yang diharapkan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam supaya hubungan baik antara Masjid dan surau-surau dapat dikekalkan. Dan Biro Dakwah di maklumkan juga, bahawa mesyuarat agung perlantikan ajk baru di surau mereka akan diadakan pada 18 april 2010 jam 1100 pagi.

Afizan,
Laporan untuk BIRO DAKWAH MASJID AS-SALAM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories