Isnin, April 12, 2010

Laporan Forum Perdana Ehwal Islam

10 April 2010, satu Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA ABAD KE 21, REALITI, HARAPAN & CABARAN” telah diadakan di Dewan Solat Masjid As-Salam Puchong Perdana selepas Solat Isyak.

Forum Perdana kali ini agak berbeza dan istimewa dari Forum-forum Perdana yang dianjurkan oleh Masjid As-Salam sebelum ini, kerana ia telah menampilkan 2 orang ahli panel yang berbeza peringkat umur terdiri dari golongan tua yang berpengalaman dan golongan muda yang bersemangat dengan masing-masingnya cukup bertenaga bagi merungkai serta berhujah di dalam tajuk yang diberikan.

2 ahli panel yang dimaksudkan ialah Dato’ Haji Mohd Nakhaie b. Hj Ahmad (Pengerusi PERKIM WILAYAH PERSEKUTUAN) dan Ustaz Wan Ji@ Danial Ji b. Wan Hussin (EDITOR SYARIAH).

Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed pula yang bertindak selaku moderator di lihat telah berjaya menghidupkan suasana forum tersebut dengan soalan-soalan yang cukup bermakna buat anak-anak kariah yang hadir bagi menilai sendiri akan perkembangan Islam di Malaysia pada abad ini serta cabarannya yang patut ditempoh dalam usaha untuk merialisasikan harapan umat islam di dunia khususnya di Malaysia.

Forum yang memakan masa hampir 1 jam setengah ini juga telah berjaya mencapai target atau sasarannya dengan kupasan, pendapat serta penjelasan yang berfakta dan padat, lebih-lebih lagi ianya datang dari dua kelompok generasi yang berbeza usia dan kedua-duanya mempunyai hujah serta pendapat yang baik serta cukup kuat untuk kita fikirkan bersama.

Idea asal topik serta penganjuran Forum Perdana yang menarik ini telah diilhamkan sendiri oleh Tuan Nazir bersama-sama Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Afizan,
Laporan untuk Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories