Rabu, April 07, 2010

En. Saharudin Ramli, Pengerusi baru Surau Al-Muttaqin Court 2

Ahad, 4 April 2010, selepas solat isyak bertempat di Surau Al-Mutaqqin Court 2 Puchong Utama telah diadakan satu mesyuarat agung perlantikan ahli jawatankuasa baru untuk menerajui surau tersebut bagi penggal yang akan datang. Kira-kira 140 orang anak kariah telah berdaftar di bawah surau ini. Dan hampir seramai 42 orang anak kariah termasuk muslimin dan muslimat turun bersama-sama bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih individu-individu yang layak untuk menyandang jawatan ajk baru itu. Pada mesyuarat tersebut, Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed serta 5 orang ahli jawatankuasa khasnya telah sudi melapangkan masa untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut serta bagi memastikan segalanya berjalan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Surau Al-Mutaqqin adalah yang ke 2 di antara surau-surau di bawah Masjid As-Salam yang mengadakan mesyuarat ini. Sedikit maklumat mengenai surau Al-Mutaqqin, terletak di Puchong Utama Court 2, ruang solat berkapasiti yang boleh memuatkan kira-kira 300 jemaah sekali solat, mempunyai ruang dapur yang agak luas serta boleh digunakan bagi tujuan mengadakan jamuan. Ia juga tidak kurang aktifnya seperti surau-surau yang lain di sekitar Puchong baik dari segi pengajian atau majlis-majlis sambutan hari kebesaran islam. Lebih istimewanya, ajk baru surau ini yang dipilih terdiri dari kalangan tenaga-tenaga muda. Rata-ratanya di bawah umur 45 tahun ke bawah.
Berikut adalah senarai ajk baru surau Al-Mutaqqin:-
Pengerusi : En Saharuddin b. Ramli
Imam : En Hasan b. Sulaiman
Bilal : En Razali b. Kenet
Siak : En Muhamad Nazeri b. Ali
Ajk : En Saiful Nizam b. Fuad
: En Saparul Azha b. Salehuddin
: En Raduan b. Mat Jusoh
: En Mohd Sofian b. Osman
: En Mohd Roshidi b. Mohd Nawi @ Shapie
: En Mohd Ezani b. Mohamad Nor
: En Mohammad Suari b. Hassan
: En Khairul Rizam b. Ma’alam
: En Khairul Khairi b. Mukhlas
: En Ibrahim b. Azland@Azlan
: En Azmihar b. Ahmad Muyat
: En Abd Khalid b. Mohamed
Ajk ketua
Muslimat : Pn Kurnia bt Lukman

Ajk ketua : Pn Kurnia bt Lukman
Pengurusan
Jenazah muslimat

Masjid As-Salam mengucapkan taniah kepada seluruh ajk baru surau Al-Mutaqqin. Semoga anda semua dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan lebih jujur, gigih, semangat, ikhlas dan baik demi kebaikan surau serta anak-anak kariah di kawasan anda.

Afizan,
Laporan untuk JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMILIHAN AJK SURAU-SURAU

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories