Khamis, April 08, 2010

Blog Masjid As-Salam dengan rasminya dilancarkan


Majlis Pelancaran Blog Komuniti Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dengan rasminya dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dr Anwar b. Omar Din, Penasihar Dasar kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Hassan Bin Mohamed Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Khairuddin Imam 3 Masjid As-Salam dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan antara ucapan yang begitu memberangsangkan dari Tuan Nazir merangkumi segala bentuk informasi yang ada dalam blog komuniti tersebut.
Tuan Nazir Masjid As-Salam mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota JK Majlis Pelancaran Blog yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis yang bersejarah itu.

Tuan Nazir menyatakan bahawa dengan adanya blog komuniti tersebut dapatlah anak kariah menggunakan blog sebagai satu cara berkomunikasi dengan pihak Masjid, oleh itu anak-anak khariah bolehlah berkomunikasi dengan biro-biro terbabit justeru itu dapatlah juga anak-anak khariah memberi segala bentuk cadangan untuk menambah nilai kepada aktiviti yang ada bagi memakmurkan lagi Masjid As-Salam ini.


Tuan Nazir juga ada menyatakan bahawa dengan adanya bentuk komunikasi secara cyber ini, ia secara tidak langsung dapat merapatkan jurang komunikasi yang kadangkala terbatas dengan urusan-urusan peribadi para khariah Masjid.


Tuan Nazir juga ada menyatakan bahawa Masjid As-Salam akan menyediakan kemudahan WI-FI secara percuma kepada para jemaah Masjid untuk menggunakan pekhidmatan internet tidak lama lagi.

Di dalam ucapannya, beliau juga ada menyatakan bahawa pihak pengurusan Masjid juga sedang merangka program pada bulan ramadhan yang akan datang. Ia akan melibatkan secara langsung surau-surau di bawah kariah Masjid As-Salam yang mana imam-imam hafiz kita akan ditugaskan menjadi imam tarawih disurau-surau terbabit secara bergilir-gilir.

Wakil Dato’ Hassan Ali juga dijemput untuk memberi ucapan pada Majlis Pelancaran Blog tersebut. Antara amanat yang sempat kami rakamkan disini, Wakil Dato’ Hassan Ali mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana kerana menaikkan martabat Masjid As-Salam ketahap yang membanggakan.

Dengan memperolehi Anugerah Masjid kedua terbaik bagi kategori A dinegeri Selangor membuktikan komitmen yang baik telah ditunjukkan oleh ahli jawatan kuasa dan pegawai-pegawai.

Selaku Penasihat Dasar kepada YB Dato', Dr Anwar b Omar Din juga mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Masjid As-Salam diatas inisiatif mengadakan blog Masjid dan segala bentuk aktiviti komuniti anak khariah dimuatkan dalam blog Masjid As-Salam.
Beliau menyatakan bahawa Masjid merupakan platform kepada segala bentuk aktiviti yang memberi menafaat kepada anak-anak kariah, lantas dengan itu para AJK yang dilantik harus meningkatkan usaha dan kreativiti mereka dengan membanyakkan aktiviti yang boleh melahirkan masyarakat yang berilmu, inovatif serta berketrampilan.

Majlis Pelancaran Blog Masjid As-Salam telah dipengerusikan oleh En. Roslan Hanapiah dan diadakan di ruang solat Masjid As-Salam Puchong Perdana. Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan dengan Dr Anwar Omar Din menekan tetikus gergasi yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Pada penutup majlis tersebut pihak jawatan kuasa Pelancaran Blog masjid menyediakan pertunjukan multimedia memuatkan visi dan misi Masjid As-Salam dan gambar-gambar sekitar masjid yang menarik yang telah dirakamkan.

Kelengkapan yang indah memberi keharmonian
Keharmonian berketerampilan menyambut salam
Menyuburkan budaya toleransi dan perdamaian
Ia merupakan Visi dan Misi Masjid As-Salam

Masjid As-Salam, Masjid yang hebat
Ia tersergam dengan Indah
Masjid bukan sahaja tempat beribadat
Ia juga dimartabatkan sebagai penyatuan Ummah.

Sekian Laporan dari
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories