Jumaat, April 02, 2010

Gigih berkhidmat untuk kesejahteraan masyarakat

Puchong - Biro Nahi Mungkar dan keselamatan Masjid As-Salam dibawah Pengerusinya En Masri b. Salleh yang lebih dikenali dengan "Pak Man" gigih dan fokus kepada peranan dan tanggungjawab.

Beliau yang begitu berpengalaman dalam menangani masalah jenayah syariah di sekitar Puchong tidak lokek dalam berkongsi pengalaman dan pendekatan dengan anggota-anggota biro beliau.

Berikut adalah sebahagian daripada aktiviti dan kes jenayah syariah di sekitar Puchong yang telah ditangani dan diselesaikan.

- 5 kes berkaitan perlakuan tidak bermoral dengan berdua-duaan dikawasan gelap, diberi kaunseling dan amaran.- 1 kes atas kesalahan minum minuman keras, diberi amaran.- 7 kes atas kesalahan berkhalwat, ada yang dibawa ke Balai Polis untuk tindakan JAIS dan minta dinikahkan.- 1 kes amukan, mangsa dibawa ke Balai Polis

Ogos 2009
April 2009
-1 kes mencabul kanak-kanak bawah umur, dibawa ke Balai
Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut.



Mei 2009

- 2 kes khalwat, masing-masing dibawa ke Balai Polis untuk

tindakan pihak JAIS.
- 1 kes remaja perempuan bawah umur hamil luar nikah 8 bulan, remaja terbabit dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Baitul Ehsan.
- 1 kes melibatkan gangguan awam atas kesalahan mabuk kerana minum minuman keras.

June 2009
- 1 kes kesalahan minum minuman keras
- 2 kes kesalahan remaja keluar rumah lewat pagi tanpa pengetahuan ibu bapa.
- 1 kes remaja bawah umur berkhalwat, remaja terbabit dibawa ke Balai bersama ibu bapa.

Julai 2009
- 6 kes melibatkan jenayah syariah atas kesalahan berkhalwat, dibawa ke Balai Polis untuk tindakan JAIS.
- 1 kes pasangan dengan rela untuk dinikahkan.

September 2009
- 1 kes melibatkan kes khalwat perempuan Bangsa Melayu bersama lelaki Singh, pasangan terbabit bersetuju bernikah setelah OYDS lelaki memeluk agama Islam
- 1 kes khalwat dan pasngan terbabit bersetuju untuk dinikahkan.
- 1 kes melibatkan dua wanita melayu melakukan hubungan sejenis. Diberi amaran dan salah seorang daripada wanita terbabit dibawa pulang ke kampung oleh keluarganya.


Oktober 2009
- 5 kes khalwat, masing-masing bersetuju untuk dinikahkan.
- 1 kes melibatkan perceraian atas sebab suami memukul isteri hingga menyebabkan kecederaan dan kelemahan pada tubuh isteri.

November 2009
- 1 kes melibatkan pasangan berkhalwat hingga membabitkan wanita hamil 7 bulan tanpa nikah. Dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong atas kesalahan khalwat dan gagal membuktikan surat nikah.
- 4 kes khalwat, pasangan terbabit meminta untuk dinikah.

Disember 2009
- 1 kes pelajar Melayu ditangkap berkhalwat

Laporan:

Maliya Zanti Dahlan


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories