Isnin, Mac 22, 2010

Tn Hj Rosli Hussain Pengerusi Surau Madrasatul Ehsan yang baru

Bertempat di ruang solat Surau Madrasatul Ehsan Teratai Puchong Perdana telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsan Sesi 2010/2013 yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Surau Al-Ehsan merupakan surau yang pertama mengadakan Mesyuarat Agong Khas tersebut iaitu pada hari Ahad 21hb Mar 2010 bersamaan dengan 5 Rabiulakhir 1431 Hijrah. Seramai 493 orang telah mendaftar sebagai anak khariah Surau Al-Ehsan manakala 67 orang telah hadir untuk Mesyuarat Agong ini.
Mesyuarat Agong tersebut telah berjalan dalam suasana yang amat harmonis dan ia bermula selepas solat isyak berjemaah.


Yang menariknya di sini sebelum mesyuarat berlangsung para jemaah telah dihidangkan dengan sedikit jamuan.


Seramai 6 orang Pegawai Petugas dari Masjid As-Salam termasuk Tuan Nazir telah datang untuk membantu dan memantau perjalanan mesyuarat agong tersebut.

Tn Haji Azmi dari Masjid As- Salam telah dilantik sebulat suara oleh anak khariah untuk mencatat minit mesyuarat agong tersebut.

Berikut adalah senarai nama perlantikan AJK baru Surau Al-Ehsan untuk sessi 2010-2013 yang mana telah mendapat sokongan sebulat suara dari anak khariah yang hadir pada mesyuarat agong tersebut:

PENGERUSI - HAJI MOHAMAD ROSLI BIN HUSSAIN
IMAM - HAJI AHMAD SABRI BIN HJ SAID
BILAL - ENCIK HASHIM JAFFAR
SIAK - HAJI YUNOS BIN ABD RAHMAN

1. HAJI AHMAD FUAD BIN ABU
2. RAJA ZULKIFLY BIN RAJA ZAINAL ABIDIN
3. ENCIK RAHMAN BIN DALI
4. ENCIK MUHAMAD JUDIN BIN TASU
5. ENCIK ANAS BIN IBRAHIM ( WAKIL PEMUDA )
6. ENCIK SHUHAIMI BIN ISMAIL
7. ENCIK ZAFRA BIN MD SHAH
8. ENCIK OMAR BIN SHAARI
9. ENCIK NOR AZHAR BIN SULAIMAN
10. HAJI SABTU BIN AHMAD
11. ENCIK ZULKIFLI BIN ZAINAL
12. PN NADIRAH BT SHAHIDON ( PENGURUS JENAZAH WANITA )
13. PUAN HABESAH BT ISMAIL ( WAKIL WANITA )



Di harap dengan terlantiknya AJK baru ini ianya akan menjadi satu pasukan AJK yang mantap dan seterusnya dapat mewarnai surau dengan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk anak khariah sekalian.





Sekian Laporan dari
Afizan
Biro Dakwah
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories