Ahad, Mac 14, 2010

Taklimat Pencalonan dan Pemilihan Jawatan Kuasa Baru di Surau Al-Ehsan Puchong Perdana

Surau Al-Ehsan Puchong Perdana yang terletak di jalan Teratai adalah diantara surau-surau di bawah Kariah Masjid As-Salam yang sekarang ini sedang sibuk dalam membuat persiapan terakhir bagi perlaksanaan “MESYUARAT AGUNG PERCALONAN dan Pemilihan Jawatan Kuasa Baru”. Pada 12 March 2010 selepas solat isyak, Tuan Nazir Masjid As-Salam telah di jemput dan diberi penghormatan untuk menyampaikan sendiri taklimat mengenai Tatacara serta panduan yang telah diarahkan oleh JAIS berhubung Mesyuarat Agung pencalonan dan pemilihan kepada anak-anak kariah dibawah surau Al-Ehsan.

Diantara isi kandungan penting yang disentuh oleh Tuan Nazir dalam taklimat tersebut ialah, tentang ciri-ciri kelayakan seseorang anak kariah di kawasan sesebuah surau dan kelayakan bagi seorang pengerusi, serta ajk-ajk dibawahnya. Tuan Nazir juga turut menjawab segala kemusykilan yang di timbulkan oleh anak kariah dengan jelas. Saya dimaklumkan bahawa Surau Al-Ehsan adalah surau yang pertama akan mengadakan mesyuarat agung pemilihan ini iaitu pada 21 March 2010, ini adalah kerana mereka telah dari awal lagi membuat persiapan, seperti pendaftaran anak-anak kariah. Mereka juga telah berjaya mengumpul hampir 450 anak kariah di kawasan-kawasan berhampiran.

Sedikit pengenalan mengenai Surau Al-Ehsan iaitu ianya terletak di antara kawasan Taman Puchong Perdana dan kawasan perindustrian Puchong Perdana, surau yang agak bersaiz sederhana ini boleh memuatkan kira-kira 150-250 jemaah sekali solat, pengerusinya Tuan Haji Abdul Manan B. Kechik, setiausaha En. Abdul Rahman B. Hassan Nordin dan Imam-imamnya terdiri dari Tuan Haji Ibrahim serta Tuan Haji Sabri (Ketua Biro Dakwah Masjid As-Salam).

Surau ini juga tidak kurang aktifnya baik dari segi pengajian, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan jemputan mengadakan kenduri-kenduri tahlil serta doa selamat di rumah-rumah anak kariah setempat. Dan yang paling membanggakan ialah, di surau inilah tertubuhnya satu kumpulan kemasyarakatan yang terkenal di Puchong berkonsepkan bantu-membantu bagi meringankan beban sewaktu seseorang anak kariah itu ingin mengadakan kenduri kahwin.

Kumpulan tersebut menggelarkan diri mereka “3K 2P”(KUMPULAN, KENDURI, KAHWIN, PUCHONG PERDANA). Surau Al-Ehsan juga adalah diantara surau yang tertua di kawasan Puchong. Kepada sesiapa yang telah mendaftar sebagai anak kariah di surau Al-Ehsan, di jemput bersama-sama menjalankan tanggungjawab anda untuk mengundi calon-calon yang layak untuk menerajui kepimpinan surau ini pada penggal akan datang.

Afizan,
Laporan untuk Biro Dakwah, Masjid As-Salam.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories