Ahad, Mac 07, 2010

Taklimat JAIS kepada semua Nazir, Pengerusi Surau di sekitar Puchong.

Pada 05hb Mar 2010 bersamaan 19 Rabiulawal 1431 Hijrah di Dewan Utama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berlansung Majlis Taklimat berhubung Tatacara pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor dan Pendaftaran anak kariah surau Negeri Selangor.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Zainudin b. Zakaria daripada Unit Pengurusan Masjid dan Surau-surau, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Seramai 105 orang tetamu jemputan terdiri daripada Ketua- ketua kampong, Nazir-Nazir Masjid sekitar Puchong, Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Surau-surau di bawah khariah Masjid-masjid berdekatan di kawasan Puchong telah hadir . Majlis tersebut di Pengerusikan oleh Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed.

Sebanyak 7 buah Masjid dan 35 buah Surau di bawah khariah Masjid-masjid di kawasan Puchong telah Hadir untuk sessi Taklimat tersebut. Sessi taklimat telah bermula pada Jam 9.30 malam dan berakhir pada Jam 11:45 malam dan para tetamu diraikan dengan jamuan ringan dari Masjid As-Salam Puchong Perdana sebgai meraikan kehadiran yang ramai Ketua-ketua kampong, Nazir-Nazir, Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa surau-surau.
Tujuan Taklimat Tatacara ini diadakan ialah bagi melaksanakan Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau dan pendaftaran ahli kariah Surau berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001. Jawatankuasa Surau yang ada sekarang akan berakhir pada hujung bulan Mei 2010.

PEMAKAIAN Tatacara ini terpakai hanya kepada semua Surau yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
Sessi taklimat tersebut merangkumi:

1. Pelaksanaan termasuk cara-cara mesyuarat agung khas pencalonan di jalankan. 2. Kelayakan calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau

3. Syarat-syarat pendaftaran Ahli Kariah

4. Penetapan sempadan kariah

5. Kaedah pendaftaran ahli kariah

6. Tugas pendaftaran Ahli Kariah dan

7. Hilang status keahlian kariah.

Pihak pengurusan Masjid dan Surau-surau yang hadir boleh berhubung terus dengan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Tuan Haji Yasim Mohamed di talian 019-3567133, Tuan Suhaimi Penolong Setiausaha Masjid As-Salam 012-2732177 dan Pengurus Masjid As-Salam Ustaz Ahmad Shahir 017-2195987 untuk mendapat softcopy tatacara pencalonan pegawai dan Jawatankuasa surau dan pendaftaran ahli kariah surau Negeri Selangor


Sekian.
Laporan dari:
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories