Rabu, Mac 10, 2010

Tahniah Kepada Pengurusan Baru Masjid As-Salam Puchong Perdana


Syukur kepada Allah s.w.t dan Saya mengucapkan Tahniah kepada semua AJK dan Sub Biro AJK dengan penganugerahan Masjid Kedua Terbaik bagi Negeri Selangor untuk tahun 2009. Pengurusan baru di bawah peneraju Utama Tuan Nazir Masjid telah meneraju Masjid As-Salam pada bulan Jun 2009. Ini merupakan anugerah yang julung-julung kali dicapai oleh AJK Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Pembaharuan demi pembaharuan dibuat oleh AJK dan Sub Biro AJK Masjid untuk menjadikan Masjid As-Salam sebagai “Masjid Pusat Pengembangan Budaya Toleransi serta Pengembangan Budaya Perdamaian”. dapat dicapai sungguhpun tidak mencapai sasaran yang seratus-peratus. Perlantikan AJK baru tidak sampai 8 bulan telah bekerja keras untuk mengimarahkan Masjid terbukti berhasil dengan izin Allah s.w.t, Masjid As-Salam dapat mencapai satu titik permulaan yang baik dan tidak pernah dicapai sebelum ini semenjak masjid ini dibuka pada tahun 2006.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t akan keizinannya memberikan semangat yang jitu dan tenaga yang baru kepada AJK dan Sub Biro AJK untuk bekerja tanpa mengira tenaga untuk memastikan rumah Allah yang indah ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak khariah Masjid.

AJK dan Sub Biro AJK tidak boleh berpuashati dengan anugerah yang diberi justeri itu ia memerlukan cara kerja yang istiqamah untuk memastikan yang Masjid ini bukan sahaja Indah dan gah pada nama dan bangunannya tetapi pengisian perlu dipertingkatkan lagi.

Saya sebagai Sub Biro AJK Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan dan juga Setiausaha untuk Biro Ekonomi Masjid As-Salam mengucapka sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada :-

Tuan Haji Yasim Mohamed - Nazir Masjid As-Salam
En. Sapiyan Mohd Din - Timbalan Nazir Majid As-Salam
En. Suhaimi - Penolong Setiausaha Masjid As-Salam

Pegawai-pegawai Dan kesemua AJK Masjid As-Salam
Dan tidak ketingalan Sub Biro Masjid

Posting ini disunting oleh
ايري سوديرمن بصري
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories