Ahad, Mac 21, 2010

Tag Pengenalan Pegawai Pemantau dari Masjid As-Salam

Satu Tag Pengenalan Khas akan di pakai oleh pegawai-pegawai dari Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk menyelia dan memantau perjalanan proses Pencalonan Ahli Jawatankuasa Surau yang akan berakhir pada bulan Mei ini.

Pegawai dari Masjid As-Salam telah dilantik oleh Nazir Masjid untuk bersama-sama Tuan Nazir di mana-mana Mesyuarat Agung Khas Pimilihan Surau-surau dan akan dipakai untuk memberi tahu kepada anak-anak khariah surau supaya boleh membuat sebarang pertanyaan kemusykilan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung Khas pencalonan dan pemilihan tersebut.


Kesemua Pegawai yang memakai kad ini akan bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak semasa proses pencalonan dan pemilihan berlangsung. Antara Tugasan yang dibuat oleh Pegawai dari Masjid ini ialah membantu pihak jawatankuasa surau semasa proses pencalonan berlangsung.

Sekian Laporan
Dari Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories