Rabu, Mac 17, 2010

Syarikat Fabrik Jakel menyumbang kain langsir

Pada 16hb Mar 2010 pada Jam 11.00 pagi pihak pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana diwakili oleh Ustaz Ahmad Shahir ( Pengurus Masjid ), Encik Harun Nayan ( Ketua Biro Kebajikan) dan Encik Ery Sudirman Basri ( Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan dan Setiausaha II Biro Ekonomi ) di jemput untuk menghadiri Majlis penyerahan sumbangan kain langsir untuk Masjid As-Salam Puchong Perdana yang disumbangkan oleh Syarikat Jakel salah sebuah kedai menjual Kain Fabrik yang terkemuka di tanah air.

Majlis tersebut diwakili oleh Encik NAGOR ZUWAIRI NAGOR GHANI Assistant Director Sales and Marketing Syarikat Jakel. Pihak pengurusan Masjid yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Shahir dilayan dengan mesra oleh kakitangan Jakel dan kami bertiga berkesempatan ke setor penyimpanan kain syarikat tersebut untuk diberi peluang memilih kain dan warna yang sesuai untuk Masjid.

Kain-kain langsir yang disumbangkan mencecah ribuan ringgit itu akan digunakan untuk menukar kain-kain langsir yang lama dan usang dibilik pusat sumber, bilik-bilik kuliah, kawasan pemisah solat muslimat diruang solat Masjid. Warna-warna yang dipilih adalah Royal Green dan Mistic Classic Orangey brown.

Kain-kain Langsir tersebut akan ditempah di Syarikat MostWell dan pihak MostWell telah pun memberi tugas tersebut kepada salah seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan kecilan dengan mengambil upah menjahit langsir. Untuk pengetahuan anak kariah sekalian, pihak Masjid juga telah mendapat penyumbang untuk memberi sumbangan kepada urusan penempahan kain langsir tersebut. Penyumbang tersebut tidak mahu namanya disebutkan di dalam blog.

Kami bertiga dilayan dengan mesra dan sehinggakan kain-kain tersebut dihantar terus ke kenderaan kami yang terletak agak jauh dari Syarikat Jakel.

Pihak pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nagor Zuwairi Nagor Ghani, Puan Norzeha dari Jakel dan kesemua kakitangan yang terlibat melayani kami dengan begitu mesra sekali.

Sekian Laporan dari
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories