Ahad, Mac 07, 2010

Sumbangan Kabinet Almari dari Syarikat Perabot Haji Gohar


Suasana panas tengahari tanggal 1 March 2010 dirasakan amat terik akibat dari pemanasan suhu global yang amat membimbangkan. Akan tetapi rupa-rupanya disebalik suhu kepanasan itu tersembunyi berita gembira buat warga jemaah Masjid As-Salam Puchong Perdana. Rasa syukur diucapkan kepada Tuhan sekalian alam dan sangat berterima kasih kerana di atas keprihatinan dan kemurahan hati Tuan Haji Gohar, pemilik syarikat perabot terkenal di Puchong Perdana

( Haji Gohar Manufacturing & Trading Sdn Bhd ) telah menyumbangkan 5 buah almari bercermin untuk kegunaan Masjid As-Salam. Sumbangan tersebut telah selamat sampai di perkarangan Masjid As-Salam kira-kira jam 1.15 tengahari dengan menggunakan lori tertera nama syarikat Haji Gohar dan disampaikan oleh 2 orang pekerja syarikat perabot tersebut.



ass="fullpost">


Sumbangan tersebut telah diterima an>ajikan Masjid As-Salam. Empat buah daripada almari yang disumbangkan digunakan sebagai rak menyimpan al-quran untuk menggantikan rak al-quran yang lama. Manakala sebuah lagi digunakan untuk menyimpan dan menggantung telekung sedia ada yang akan digunakan oleh jemaah muslimat.

Sesungguhnya sumbangan yang diberikan ini adalah teramat besar nilainya dan marilah kita syukuri, mengguna dan menjaga almari ini dengan sebaiknya. Semoga dengan sumbangan ini masjid kita akan lebih kemas, indah dan selesa. Kami warga Masjid As-Salam mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang amat bermakna ini.


Marilah kita mendoakan kepada penyumbang yang pemurah ini iaitu Haji Gohar semoga akan diberikan rezeki yang diberkati oleh Allah s.w.t dan perniagaan yang maju.

Diharap akan sumbangan-sumbangan ikhlas dari syarikat-syarikat perniagaan yang ingin menderma untuk kegunaan Masjid kepada ana-anak khariah khasnya dan seterusnya mengimarahkan Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Laporan dari
Ustaz Ahmad Shahir
Pengurus Masjid As-Salam Puchong Perdana


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories