Sabtu, Mac 20, 2010

Program Tahsinul Ibadah Asnaf Fakir Miskin di Masjid As-Salam

Program Tahsinul Ibadah Asnaf Fakir Miskin di kelolakan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk mewujudkan program khusus untuk fakir miskin dan mencetuskan minat dan fokus penerapan ilmu pengetahuan asas agama Islam agar menjadi amalan harian kepada Asnaf Fakir Miskin.

Objektif diwujudkan program ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan Asas Agama Islam ke dalam jiwa Asnaf Fakir Miskin agar dijadikan amalan hidup harian justeru itu ia dapat mengembling peranan dan fungsi LZS ( MAIS) dan JAIS dalam usaha membangunkan nilai-nilai terapi qalbu Asnaf Fakir Miskin dengan penglibatan institusi Masjid di peringkat Kariah. Ia juga secara tidak langsung mengaktifkan dan mengimarahkan fungsi Masjid secara berterusan dengan program Tahsinul Ibadah bagi Asnaf Fakir Miskin.


Berikut adalah konsep program yang dimaksudkan:-

Program ini dicadangkan untuk diadakan selama 5 bulan bermula dari bulan Mac sehingga Julai 2010 untuk 9 sessi yang akan berlangsung setiap Sabtu selama 8 jam. Manakala modul-modul yang diterapkan adalah dari Bab Tauhid dan Aqidah, Bab Feqah, Bab Tajwid dan Bab Qiraat manakala buku pengajian akan di bekalkan oleh LZS (MAIS) kepada setiap asnaf yang mengikuti program ini.

Sebanyak 5 buah Masjid telah dikenal pasti untuk program ini dan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah terpilih untuk menganjurkan program tersebut.

Sebanyak 3 kumpulan sasar untuk program tersebut diserapkan, berikut adalah 3 kumpulan sasar tersebut:-
1. Asnaf Fakir Miskin
2. Ketua Keluarga dan Remaja
3. Berumur 55 Tahun kebawah dan 17 tahun kebawah.

Di dalam satu-satu program tersebut akan ditempat seramai 30 orang Asnaf dan jumlah peserta akan dipecahkan kepada dua tahap . Seramai 300 orang Asnaf telah dikenal pasti untuk mengikuti program diatas manakala tenaga-tenaga pengajar pula adalah dari kalangan Guru-guru Kafa JAIS.
Berikut adalah tarikh-tarikh perlaksanaan program.

Laporan dari
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories