Ahad, Mac 21, 2010

Program Ceramah Maulidul Rasul dan ramah-mesra Penduduk Permai Villa (Kariah Surau Ar-Raudhah)

Surau Ar-Raudhah di Permai Villa, Taman Puchong Permai telah mengadakan Program Ceramah Maulidul Rasul dan ramah mesra penduduk Permai Villa (bersama-sama anak khariah Surau Ar-Raudhah Permai Villa) pada 20hb Mar 2010 bersamaan dengan 4 Rabiulakhir 1431 Hijrah bertempat di Surau Ar-Raudhah Permai Villa di tingkat bawah Blok E1 Permai Villa.

Disamping diadakan ceramah dan majlis ramah mesra turut diedarkan juga borang daftar anak khariah untuk anak-anak khariah Surau Ar-Raudhah Permai Villa.

Surau Ar-Raudhah telah didaftarkan di bawah JAIS pada tahun 2006 atas inisiatif AJK yang dilantik untuk memastikan Surau tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti selaras dengan enakmen pentadbiran Masjid dan Surau-surau Daerah Petaling Negeri Selangor Darul Ehsan.


Pihak pengurusan Masjid As-Salam telah dijemput untuk menghadiri program tersebut dan wakil dari pihak pengurusan Masjid As-Salam telah hadir untuk bersama-sama dalam program ceramah tersebut.


Wakil daripada Masjid As-Salam telah menghubungi Imam Surau Ar-Raudhah iaitu Tuan Haji Zaki untuk memberitahu akan borang daftar anak khariah dipercepatkan prosesnya memandangkan tarikh akhir mesyuarat agung pencalonan AJK baru akan berakhir pada bulan Mei 2010.


Pihak pengurusan Masjid As-Salam sempat juga menyerahkan ‘softcopy’ TATACARA PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR DAN PENDAFTARAN AHLI KARIAH SURAU dari JAIS kepada jawatankuasa khidmat Surau Ar-Raudhah Permai Villa.


Ceramah maulidul rasul disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Johari Abdul Wahab Al-Hafiz. Program Ceramah tersebut bermula pada selepas solat maghrib dan berakhir hampir pukul 1100 malam dengan jamuan makan dan ramah mesra yang dianjurkan oleh jawatankuasa khidmat Surau Ar-Raudhah Permai Villa.


Sekian Laporan dari
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories