Jumaat, Mac 19, 2010

Masjid As-Salam: Lokasi pengagihan basikal oleh LZS

Pada 18hb Mar 2010 bersamaan 02 Rabiulakhir bertempat diruang legar dan ruang tempat letak kereta Masjid As-Salam Puchong Perdana berlansungnya Majlis penyerahan dan agihan basikal oleh Lembaga Zakat Selangor.

Majlis ini bermula seawal jam 0800 pagi dengan ketibaan sebuah kontena yang memuatkan 111 buah basikal untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya. Majlis penyerahan tersebut adalah dari kesinambungan daripada Program Bantuan Persekolahan Anak-anak Asnaf Fakir Miskin 2010 dari Lembaga Zakat Selangor.

Menurut Ustaz Mohd Shukri Hj Hushin Penolong Ketua Operasi Daerah Petaling, Majlis tersebut telah pun bermula seawal bulan disember 2009 dengan berbagai-bagai bentuk bantuan agihan yang diberikan antaranya bantuan Peralatan persekolahan dan Baju uniform sekolah. Seramai 111 pemilik basikal agihan LZS telah dikenal pasti. Mereka terdiri dari golongan fakir miskin penduduk kawasan Puchong sehingga ke kawasan Sri Serdang.

Majlis tersebut dimulakan dengan satu taklimat dari Ustaz Mohamad Amir Bin Mohamad Azam pegawai dari Lembaga Zakat cawangan Puchong dan penyerahan basikal tersebut dilakukan oleh Ustaz Mohd Shukri Bin Hushin selaku Penolong Ketua Operasi Daerah Petaling.

Menurut dari Ustaz Mohd Shukri, terdapat dalam satu keluarga diberikan 2 buah basikal berdasarkan keperluan yang dipohon dalam bentuk nisbah 1:2 ini bermakna 1 basikal untuk ibu bapa yang menpunyai anak seramai 2 orang yang bersekolah, manakala keluarga yang melebihi empat anak mereka akan diberikan 2 buah basikal.

Ustaz Mohd Shukri memaklumkan juga pemilihan Masjid As-Salam sebagai lokasi agihan bantuan dari asnaf zakat adalah berdasarkan ruang dan kemudahan yang sedia ada dan lokasi yang strategik untuk agihan tersebut.

Ini merupakan program dan majlis yang kelima dari Asnaf Zakat LZS cawangan puchong di lakukan di Masjid As-Salam. Pihak pengurusan Masjid berbesar hati membantu LZS untuk merealisasikan program-program dan majlis-majlis tersebut.

Sekian Laporan Dari
Ery sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories