Ahad, Mac 21, 2010

"Makanan Sunnah" satu lagi projek Biro Ekonomi Masjid As-Salam


Biro Ekonomi yang dipegerusikan oleh Encik Zakaria Ali telah mengorak langkah untuk menjana Ekonomi Masjid. Ahli Jawatankuasa yang dilantik untuk menerajui Biro Ekonomi telah mencapai banyak perkara bagaimana untuk menjana Ekonomi Masjid As-Salam khususnya.
Biro Ekonomi telah berganding bahu dengan Biro Kebajikan dan Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan untuk bersama-sama merealisasikan pelan tindakan fasa kedua Biro Ekonomi untuk menjana Ekonomi Masjid.

Untuk pengetahuan anak-anak khariah Masjid As-Salam Puchong Perdana sekalian, Pelancaran Tabung As-Salam telah pun dibuat oleh Tuan Haji Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan akhirnya satu pasukan Biro Ekonomi yang baru telah dibentuk.
Alhamdulillah pihak pengurusan Masjid As-Salam bersyukur keatas kebesaran Allah s.w.t mendorong kejituan dan keberkesanan ahli jawatankuasa Biro Ekonomi untuk menapak lebih jauh untuk mencari satu formula bagaimana untuk menjana pendapatan Ekonomi Masjid itu sendiri.

Antara perkara-perkara yang telah rancak diusahakan adalah seperti berikut:-

1. Sebanyak 71 surat telah dan akan diedarkan kepada syarikat-syarikat untuk menyumbang dari segi bantuan kewangan untuk Biro Ekonomi menjalankan perniagaan lantas ia akan membawa keutungan yang mana akan di salurkan ke dalam Tabung Masjid As-Salam itu sendiri.

2. 3 buah syarikat secara dasarnya telah bersetuju untuk membantu Biro Ekonomi dari segi bantuan kewangan dan barangan produk syarikat tersebut untuk dijual oleh Biro Ekonomi secara bentuk pinjaman jangka panjang tanpa riba dan secara konsingment.

3. Penjualan "Makanan Sunah" telah pun dilancarkan 2 minggu yang lalu dan Alhamdulillah ianya menampakan keberhasilan jualan yang cukup baik. Pihak pengurusan Masjid sendiri memberi pinjaman sebanyak RM3000.00 untuk Biro Ekonomi memulakan peniagaan sendiri dan pembayaran semula telah pun dibuat secara berperingkat-peringkat atas dasar keuntungan yang diperolehi dari hasil Jualan Makanan Sunah tersebut.

4. Sebuah syarikat telah bersetuju untuk memberi pinjaman dari segi bantuan keluaran produk syarikat tersebut untuk di jual oleh Biro Ekonomi dan pembayaran balik adalah dari hasil keuntungan jualan produk syarikat tersebut oleh Biro Ekonomi. Setiap keluaran produk mereka akan di labelkan dengan Masjid As-Salam Puchong Perdana. Manakala sebuah Syarikat yang lain pula telah memberikan modal barangan jualan seperti jus buah delima yang telah siap di paketkan dalam bentuk komersial. Jus-jus tersebut dibawa dari Iran dan Turki.
Secara khususnya Biro Ekonomi akan menjualkan barangan yang akan dilabelkan dengan Masjid As-Salam Puchong Perdana sekali gus ia akan mempopularkan Masjid As-Salam sebagai “Branding Product” keluaran Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Sekian Laporan
Dari Biro Ekonomi
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories