Selasa, Mac 23, 2010

Majlis Perjumpaan Penduduk Taman Puchong Intan


Pada 21hb Mar 2010 bersamaan 5 Rabiulakhir 1431 Hijrah bertempat di perkarangan Surau An-Nur Taman Puchong Intan berlansungnya Majlis Perjumpaan Penduduk anjuran bersama Surau An-Nur, JKP Zon 13, Masjid As-Salam Puchong Perdana dan Badan Kebajikan Islam Taman Puchong Intan.

Majlis tersebut bermula pada jam 0900 pagi dipengerusikan oleh Encik Mohd Saibani Surip, Pengerusi Surau An-Nur Taman Puchong Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh penduduk Islam setempat Taman Puchong Intan, 25 orang warga emas dan fakir miskin yang layak menerima bantuan dari JKP ZON 13 dan dari Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana dan ahli jawatankuasa Surau An-Nur Taman Puchong Intan
Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Tuan Haji Yasim Mohamed. Turut serta dalam Majlis tersebut adalah Encik Sapiyan Bin Mohd Din selaku Ahli Majlis MPSJ dan juga Timbalan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Bagi memeriahkan Majlis tersebut, satu pertunjukan Seni Silat Gayung Maarifat pimpinan Encik Suwardi Paturungi dipersembahkan kepada para tetamu yang hadir.

Di dalam Majlis tersebut banyak taklimat yang diberikan dan segala bentuk informasi dapat disampaikan kepada penduduk. Antara taklimat-taklimat tersebut adalah seperti berikut:-

1. Ucapan dan Taklimat dari Encik Sapiyan Bin Mohd Din meliputi keberkesanan ZON JKP 13 membantu penduduk ZON JKP 13 yang mana banyak perancangan pembangunan sedang dibuat untuk keselesaan penduduk setempat. Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya juga mengalu-alukan segala bentuk laporan mengenai kebersihan dan kerosakan harta benda awam oleh penduduk sangat-sangat dialukan supaya ia dapat diatasi dengan mengubah, menyelia dan membaiki segala bentuk kerosakan dengan kadar segera.

2. Ucapan dan Taklimat dari Encik Affandi Mahat selaku Pengerusi Badan Kebajikan Islam Taman Puchong Intan menjadikan sessi taklimat amat berguna kepada penduduk Islam Taman Puchong Intan. Antara taklimat beliau adalah tugasan dan objektif Badan Kebajikan itu sendiri yang merangkumi 6 objektif utama yang berkonsepkan Kebajikan dan juga sebagai badan penghubung dengan pihak berkuasa mendapatkan bantuan bagi membantu penduduk yang ditimpa musibah.

3. Taklimat dari Puan Noor Hanim Bt Ismail mengenai Skim MES ( Merakyatkan Ekonomi Selangor) dimana bantuan kewangan dari Kerajaan negeri yang disalurkan melalui MPSJ dan antara program tersebut adalah membantu warga emas yang berumur 60 tahun keatas bagi mendapatkan bantuan kewangan.
4. Taklimat Jaminan Haji Takaful Ikhlas oleh Encik Ahmad Bukhairi Bin Ashaari.

5.Taklimat Agihan Zakat ( Asnaf ) oleh Encik Hadi bin Sabran

6.Taklimat Pendaftaran anak kariah

Bagi mengakhiri Majlis tersebut penyampaian Sumbangan kepada Ibu Tunggal dan Warga Emas dari JKP ZON 13 berupa wang tunai dan dari Biro Kebajikan Masjid As-Salam berupa sumbangan beras dan hamper hasil dari pelan Infak yang dilancarkan oleh Biro Kebajikan di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Sekian Laporan dari
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories