Khamis, Mac 25, 2010

Lawatan dan Taklimat Nazir As-Salam dan Pegawai JAIS di Surau At-Taubah Puchong Indah

Bertempat di surau At-Taubah Puchong Indah berlansung satu taklimat khas pada 24/3/2010 selepas solat isyak yang di ketuai oleh Ustaz Zainuddin B. Zakaria, Pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling. Ustaz juga turut ditemani oleh Tuan Nazir, Tuan Hj Yasim Mohamed dan Timbalan Nazir, En Sapiyan Md Din serta 4 orang ahli jawatankuasa pemilihan ajk surau-surau dari Masjid As-Salam.

Taklimat ini bertujuan bagi membantu merungkai segala permasalahan yang di hadapi oleh jemaah-jemaah surau tersebut. Antaranya adalah mengenai status surau serta tatacara bagi mengadakan mesyuarat agung pemilihan ajk baru mengikut enakmen yang ditetapkan oleh JAIS.

Segala permasalahan ini bermula semenjak surau ini di ambil alih oleh mereka ketika pentadbiran lama Masjid As-Salam lagi. Mereka pula tidak tahu di bawah pentadbiran Masjid manakah sepatutnya mereka ini bernaung.



Boleh di katakan pengurusan di surau At-Taubah ini tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh JAIS bagi sesebuah surau. Contohnya seperti cara mereka mendapatkan surau tanpa persetujuan anak kariah setempat, ubahsuai struktur surau, pembinaan pagar dan lain-lain.

Perlantikan bagi ajk-ajk surau juga tidak mendapat kelulusan dari pihak JAIS. Kata ustaz Zainuddin, apa-apa bentuk perkara yang hendak dilakukan oleh sesebuah surau itu, perlulah mendapat kelulusan dahulu dari pihak JAIS. Dari segi perlantikan ajk pula, mereka melantik hanyalah dikalangan jemaah mereka sahaja. Tidak melibatkan anak-anak kariah setempat serta tidak mengikut tatacara sebenar.

Mereka ini sebenarnya telah menjadi mangsa keaadaan dan terpedaya dari pihak perseorangan yang tidak bertanggungjawab. Pihak tersebut telah mengambil kesempatan di atas kelemahan mereka dalam sesuatu hal yang mungkin mereka tidak tahu sebenarnya.

Kami turut berasa simpati atas apa yang berlaku, ini adalah kerana semangat cintakan agama serta persefahaman antara mereka yang membuatkan mereka ini boleh berdiri teguh tanpa meminta bantuan kewangan dari mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu pengubahsuaian surau atau bagi membantu kelas-kelas pengajian yang diadakan.

Untuk makluman, surau At-Taubah ini kebanyakan jemaahnya terdiri dari Kaum India Muslim dan rata-rata mereka bermazhab Hanafi. Dan ianya cukup dikenali dikalangan masyarakat islam setempat dengan gelaran “Surau India Muslim”. Malahan jemaah mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.


Surau ini juga tidak kurang aktifnya seperti surau-surau yang lain di sekitarnya, seperti mengadakan kuliah pengajian tetap bagi kanak-kanak dan dewasa, sambutan hari-hari kebesaran islam, solat terawih, qiamulail, tahlil, solat hari raya dan lain-lain, dan di sepanjang bulan ramadhan mereka ini sering menghantar bubur lambuknya ke Masjid As-Salam untuk diagih-agihkan kepada masyarakat islam di Puchong. Ustaz Zainuddin turut menasihatkan agar mesyuarat agung pemilihan ajk baru itu nanti dapat mematuhi tatacara yang ditetapkan dan selepas daripada itu mereka perlulah mentadbir surau dengan mengambil kira enakmen yang ditetapkan oleh JAIS.

Sepanjang kami di sana, alhamdulillah kami di layan dengan begitu mesra sekali oleh mereka. Cuma kami rasa agak terkilan pada pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana sanggup mempermainkan mereka ini yang benar-benar ikhlas mencari tempat beribadat dan tempat mereka berkumpul khususnya untuk golongan mereka iaitu Masyarakat India Muslim.

Afizan,
Laporan bagi pihak Ahli jawatankuasa pemilihan ajk surau-surau
Masjid As-Salam, Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories