Rabu, Mac 10, 2010

Laporan Kursus Haji Bersiri Minggu Pertama

Bahang musim haji sudah mula di rasai sekarang ini walaupun bulan haji yang sebenar masih jauh. Ini adalah kerana jika kita lihat rata-rata masjid di seluruh Malaysia pada masa ini sedang giat menganjurkan Kursus Haji. Ada yang bermula seawal Febuari lagi dan ada yang baru bermula.
Masjid As-Salam Puchong Perdana juga tidak terkecuali dari penganjuran kursus ini, dan ia adalah kali yang ke 3 Masjid As-Salam di pilih oleh LEMBAGA TABUNG HAJI sebagai tuan rumah. Bermula 7 march 2010, siri pertama dari 17 siri ini telah dihadiri hampir 300 bakal haji

Saya dimaklumkan oleh tuan Haji Hamdan (siak Masjid As-Salam) bahawa jumlah peryertaan ini mungkin akan bertambah dari minggu ke minggu.


Tuan Haji Hamdan adalah salah seorang dari ajk yang dilantik untuk bantuan bahagian teknikal. Sudah 3 tahun berturut-turut penglibatan beliau sebagai ajk kursus ini di Masjid As-Salam.
Dan bermula pada tahun ini juga, LEMBAGA TABUNG HAJI telah menyelaraskan yuran penyertaan iaitu Rm100 setiap peserta untuk tempoh 17 siri. Bayaran ini meliputi kos makan/minum, beg peserta, buku panduan haji, alat tulis dan tandanama.

Kursus siri pertama
yg bermula pada jam 0900 pagi itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj. Yasim Mohamed. Ucapan yang serba ringkas tetapi padat itu disampaikan dengan begitu bersemangat sekali. Tuan Nazir mengajak seluruh peserta bakal haji ini menghayati maksud sebenar ibadah haji.
Di sepanjang kursus haji ini, peserta-peserta akan dipimpin oleh Pegawai dari LEMBAGA TABUNG HAJI. Seluruh peserta juga akan diberi pendedahan dari segi teori dan amali serta diberi merasai sendiri suasana seakan benar-benar berada di tanah SUCI MEKAH, seperti melakukan tawaf dan melontar. Kursus ini di jangka akan berakhir pada hujung bulan Jun.

Sekian laporan dari
BIRO DAKWAH MASJID AS-SALAM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories