Selasa, Mac 30, 2010

JKP gesa sertai aktiviti masyarakat

PUCHONG – Selain mengeratkan hubungan ukhuwah di antara masyarakat, Majlis Perjumpaan anjuran Surau An Nur, Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana serta Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 13 baru-baru ini bertujuan memaklumkan aktiviti masyarakat dilakukan di kawasan itu.

Ketua Biro Wanita Masjid As-Salam /JKP Zon 13, Noor Hanim Ismail berkata, usaha sama yang dilakukan untuk menyedarkan umum mengenai peranan institusi masjid, masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, beberapa taklimat diberikan termasuk mengenai pemilihan jawatankuasa surau dalam mesyuarat agung yang bakal dilaksanakan, agihan bantuan zakat, program dijalankan Kerajaan Negeri serta di bawah jawatankuasa PeBT. “Selain manfaat disediakan Kerajaan Negeri seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Anak Warisan Selangor dan sebagainya, ada pelbagai aktiviti dilaksanakan tidak diketahui umum.


Antara lain adalah Program Tuisyen Rakyat (PTRS) di bawah DUN yang masih mempunyai kekosongan dan Program Spies untuk remaja serta belia,” katanya ketika memberi taklimat pada program itu. Hadir sama, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tn Hj Yasim Mohamed dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Sapiyan Md Din.

Noor Hanim berkata, bagi Program Spies, masyarakat akan dimaklumkan melalui kain rentang dan ia dianjurkan dua kali setahun. “Terkini, kami akan menganjurkan sesi ibu bapa bagi mereka yang mempunyai anak-anak menduduki peperiksaan.

Dalam sesi yang diadakan, ibu bapa akan didedahkan persediaan mereka ketika anak-anak perlu berhadapan peperiksaan penting,” katanya. Noor Hanim berkata, selain program belia, pihaknya tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu tunggal dan golongan miskin dengan mengadakan program jahitan untuk meningkatkan kemahiran golongan itu.

Penyertaannya sangat menggalakkan dan sehingga kini sudah empat kelas berjalan membabitkan 40 ibu tunggal dan mereka yang miskin. “Ia dilaksanakan pada Ahad selama dua jam bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang,” katanya.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories