Selasa, Mac 02, 2010

Jemputan ke Tapak Semaian Usahawan













Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad (KDSM) ingin menjemput Tuan/Puan ke Tapak Semaian Usahawan demi untuk memperkenal dan mempromosikan produk berasaskan jahitan yang dihasilkan oleh ahli-ahli KDSM.









Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tempat: Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong Selangor, Darul Ehsan.

Masa: Setiap Sabtu 3:00 ptg ~ 10:00 mlm
Setiap Ahad 7:00 pagi ~ 11:00 pagi

Objektif penubuhan Tapak Semai Usahawan ini adalah untuk menyebarkan kemahiran jahitan dengan menyediakan aktiviti jualan dan kursus singkat belajar menjahit (yuran kursus PERCUMA). Ini bermakna, selain aktiviti jualan pengunjung turut berpeluang memperoleh pengalaman baru serta merasai sendiri keseronokan menjahit. Malah penubuhan tapak ini adalah untuk menyokong ahli-ahli KDSM yang berminat menjadi usahawan dan berpeluang menjana pendapatan sendiri sambil tidak melupakan tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

Usahawan- usahawan KDSM ini mengamalkan konsep 5-2, yang mana pada hari Isnin hingga Jumaat mereka menjahit produk sambil menjaga anak-anak di rumah. Manakala hari Sabtu dan Ahad pula, mereka akan mengadakan aktiviti jualan. Ini bermakna kebanyakkan produk yang dipasarkan adalah Home-Made yang amat berseni dan unik.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: Faridah bte Abas, Pusat Latihan Kraftangan Epal, No 24, 26 & 28, Persiaran Puteri Puchong, 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan. Tel: 603-8068 5555 (ext 120) Email: faridah_abas@yahoo.com Website: wwwpatcheoflove.com

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories