Ahad, Februari 28, 2010

Tazkirah Nazir As-Salam di Majlis Sambutan Maulidul Rasul oleh Syarikat Steelcase Manufacturing Malaysia.

Syarikat Steelcase Manufacturing Malaysia, sebuah syarikat yang terletak di dalam Kariah Masjid As-Salam telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Ini merupakan kali pertama Syarikat berkenaan menjadikan Masjid As-Salam sebagai lokasi sambutan.


Tuan Hj Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam telah diundang untuk memberi Tazkirah didalam majlis tersebut.
Sambutan Maulidul Rasul telah diadakan pada hari Sabtu 27hb Februari bersamaa 13 Rabiulawal di Dewan Serbaguna Masjid As-Salam Puchong Perdana. Majlis tersebut bermula pada jam 0900 pagi dan berakhir pada jam 1230 tengahari.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:
Alunan Asma Ul Husna dan Selawat dari kakitangan Steelcase
Persembahan Slide Sirah Rasulullah S.A.W
Pertandingan Susun Kata Jawi
Pertandinagn Azan dari anak-anak khariah pekerja Steelcase
Pertandingan mengikat Serban
Pelancaran Nama Surau Al-Hidayah dan Logo Surau oleh Nazir Surau Al-Hidayah Steelcase

Pihak pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Steelcase Manufacturing Malaysia yang sudi mengadakan program tersebut di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Pihak pengurusan Masjid As-Salam mengalu-alukan pembabitan pihak luar terutama syarikat-syarikat yang berada di sekitar Puchong untuk menggunakan kemudahan yang telah sedia ada di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Sekian laporan dari
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories