Khamis, Februari 11, 2010

Syukur Alhamdulillah!

Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi memohon maaf di atas segala permasalahan yang timbul sekiranya anda pernah melewati blog masjid ini semenjak dari beberapa hari yang lepas. Oleh kerana saya bukanlah pakar dalam soal-soal mentadbir laman blog ini (walaupun sepatutnya mudah - bagi yang default blogger template), ditambah dengan kesuntukan waktu dan jarak dengan ramai rakan-rakan untuk berinteraksi, maka kelahiran semula wajah blog masjid ini adalah diharapkan mampu untuk lebih menampilkan imej Masjid As-Salam itu sendiri. Saya juga tidak menafikan, ramai yang di luar sana lebih dari berkemampuan untuk menghasilkan blog-blog yang lebih menarik dan tersusun.

Pun begitu, khususnya kepada Nazir Masjid As-Salam, saya kira ini sajalah saya mampu lakukan sebagai sumbangan yang tak seberapa ini dan adalah menjadi harapan saya semoga blog ini dapat menepati citarsa dan suasana pada Majlis Pelancaran yang bakal dirasmikan oleh YBhg Exco kelak.

Sedikit cadangan dari saya secara terbuka ini:
  1. Untuk menambahkan kecerian dalam mempelbagaikan laporan dan aktiviti masjid, Nazir dan lain-lain pegawai dan AJK mestilah memberi amanah kepada semua biro-biro untuk membuat pengumuman dan laporan aktiviti yang berkaitan secara terus ke dalam blog Masjid.
  2. Apa yang saya perhatikan selama ini, hanya Nazir dan kadang-kadang saya sendiri yang membuat sedikit liputan, walhalnya, saya kurang arif dengan perkembangan aktiviti masjid mutakhir ini. Lantaran itu, posting-posting yang saya lakukan bukanlah berbentuk berita atau laporan, malah sekadar cerita-cerita ataupun tazkirah biasa saja. Tujuannya hanyalah satu, ialitu untuk melihat blog sentiasa aktif.
  3. Nazir tidak perlu bimbang, selagi mana, kedatangan mereka ke laman ini hanyalah sebagai jemputan sahaja dan ianya akan dipantau sepenuhnya oleh Nazir sendiri dan juga saya sendiri.
  4. Terlalu molek sekiranya Masjid menganjurkan kursus-kursus asas untuk membuat posting kepada AJK-AJK dan SUB AJK yang diberi hak sebelum mereka dibenarkan untuk membuat posting. (Dan mereka memang pun tidak boleh membuat posting selagi mana mereka tidak diberi ekses).
  5. Peluang ini juga dapat secara langsungnya melatih lebih ramai warga-warga dan anak kariah masjid menjadi penulis blog yang baik.
Semoga pandangan ringkas saya ini diambil-kira sepenuhnya sekiranya Masjid As-Salam ingin membuat penambah-baikan yang terkehadapan lagi.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Pelancaran Blog Masjid As-Salam akan berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancangkan dan saya menyusun 10 jari memohon kemaafan dari Nazir khususnya dan juga seluruh AJK masjid amnya kerana saya sekali lagi bakal tidak hadir pada hari yang amat bersejarah ini kerana tugasan-tugasan yang tidak dapat dielakkan.

Semoga Masjid As-Salam terus SUKSES selalu. "AS-SALAM - JAUH DI MATA DEKAT DI HATI".

Bedin

Puchong - Kuala Terengganu - Pasir Tumboh

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories