Sabtu, Februari 13, 2010

Program Terkini Biro Kebajikan - Program Infaq

Semalam, Jumaat 12/02/10, bermula satu lembaran baru Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan pelancaran Program Infak. Pelancaran yang tidak rasmi ini dilakukan sendiri oleh Pengerusi Biro berkenaan iaitu En. Harun Nayan dengan dibantu oleh beberapa AJK Biro serta disaksikan dan dihadiri oleh Penolong Setiausaha Masjid, En. Suhaimi.

Program telah pun dirancang dengan begitu teratur sekali dan mendapat sambutan yang di luar jangkaan sama sekali. Mengikut temu-bual ringkas selepas sahaja selesai Solat Jumaat, kutipan hasil dari sumbangan infaq oleh orang ramai telah pun mencecah lebih dari RM300.00. Malahan sewaktu kami sedang membasah tekak di salah sebuah gerai makanan di sekitar Masjid, masih lagi terdapat sebilangan penginfak yang datang untuk menghulurkan sumbangan tanpa diduga.

Tujuan Program Infak ini adalah semata-mata untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat jariah khusus dalam membantu usaha yang dijalankan oleh Masjid melalui biro yang berkaitan menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur yang yang akan dibungkus dalam bentuk "HAMPER". Hamper ini yang kamudiannya akan diagihkan bersama-sama dengan satu kampit beras kepada baka-bakal penerima yang telah pun dikenal-pasti oleh Biro Kebajikan Masjid.

Buat masa sekarang, kepada para penderma yang sudi, hanya infaq berbentuk duit akan diterima di mana duit-duit itu akan dikadarkan dengan harga barangan yang telahpun ditetapkan oleh Biro Kebajikan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengagihan dilakukan dalam bentuk yang sama rata. Untuk makluman, buat masa sekarang sudah terdapat induvidu yang melakukan sumbangan sebanyak 50 kampit beras yang beratnya 10 kilo. Sepertimana moto atau slogan program ini, ianya adalah program infaq dan sudah tentunya ia akan disalurkan sepertimana yang sepatutnya.

Adalah difahamkan juga, program sedemikian terpaksa diadakan juga kerana memandangkan sebelum daripada ini Biro Kebajikan telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu meringankan bebanan yang dipikul oleh golongan fakir dan miskin melalui satu usaha menyediakan tabung kutipan. Namun usaha sedemikian telah didapati gagal setelah mendapat tentangan yang agak serius oleh beberapa AJK Kariah dan pegawai masjid sendiri, dan usaha ini terhalang dan terhenti begitu sahaja. Memadangkan permohonan untuk mendapatkan bantuan sentiasa dan terus diterima oleh Biro kebajikan dari semasa ke semasa dan tiada usaha atau kurangnya usaha untuk pihak masjid sendiri menyalurkan sedikit sumbangan daripada tabung kutipan masjid, maka alternatif terakhir Biro Kebajikan ialah dengan melancarkan Program Infak ini.

Difahamkan juga, sewaktu tabung Kabajikan Masjid dibuat satu ketika dahulu, terdapat begitu banyak penyumbang walhal memang jelas sekali tabung yang disediakan telah dilebelkan sebagai "Tabung Kebajikan Masjid". Bermakna, penderma sudah tentu akur dengan tujuan tabung tersebut diadakan dan pada ketika itu juga penderma telah mempunyai pilihan kategoti manakah yang mereka hendak menyumbang, melainkan sekiranya dipadamkan sahaja nama yang tertera pada tabung tersebut.

Apa yang jelas ialah, memang pelancaran Program Infaq ini adalah sesuatu yang amat perlu sebab rata-rata para penderma memang mempunyai tujuan khusus dan ramai juga yang melalukan sumbangan untuk kedua-duanya iaitu utnuk Tabung Masjid dan juga Tabung Kebajikan (Infak).

Adalah menjadi harapan semoga tidak ada lagi usaha-usaha untuk memperlekehkan usaha yang murni ini yang pada pandangan saya tiada yang silapnya kerana penderma "TAHU APA YANG MEREKA HENDAK". Kekadang itu, kita terpaksa memberi peluang kepada penderma menetukan sendiri arah mana satu mereka hendak "menabung".

"Berilah mereka peluang dan yang pentingnya berilah sokongan kepada yang sudi melakukan kerja sukarela ini demi untuk kebaikan Masjid As-Salam Puchong Perdana itu sendiri."



Semoga Biro Kebajikan Masjid As-Salam ini terus istiqamah dalam menjalankan tuntuan yang telah diamanahkan dan moga-moga Allah memperkenankan usaha anda semua sebagai satu ibadah yang tiada tolak bandingnya.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories