Khamis, Februari 18, 2010

Allah memberi dan memaafkan......Tetapi kita menerima dan melupakan !!

Bersyukur


Bayangkan betapa banyaknya nikmat pemberian Allah. Tidak perlu kita pergi jauh, ingat - bahawa anda pada masa ini boleh membaca blog ini adalah satu nikmat.

Cuba renung betapa Allah berikan kita nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat emosi dan perasaan ... dan sebagainya (terlalu banyak lagi jika mahu dihitung dan dihurai ... )

Saya teringat menonton filem "The Invasion" lakonan Nicole Kidman di mana satu epidemik melanda Washington D.C. yang meragut emosi seseorang semasa mereka sedang tidur. Sesiapa sahaja yang terkena virus ini akan hilang perasaan dan emosi. Dia ibarat manusia seperti robot.

Apabila hilang emosi kita sudah tidak tahu lagi erti kasih sayang, erti persahabatan, erti kesyukuran dan sebagainya. Ya, memiliki emosi adalah satu nikmat.

Allah Maha Memberi, Maha Mengasihani, Maha Pengampun. Kita membuat dosa setiap hari. Allah akan mengampun dosa-dosa itu selagi ia dosa kecil dan kita bersolat setiap waktu.

Setiap solat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Dosa besar pula (kecuali syirik) akan diampunkan asalkan kita sentiasa bertaubat kepada yang Maha Esa. Allah memberi dan memaafkan.

Bagaimana dengan kita setelah mendapat pelbagai kenikmatan yang Allah kurniakan, kita lupa daratan. Kita sangka kita hebat sangat. Kita cemerlang peperiksaan, kita kata ini sebab "AKU belajar rajin". Kita ada rumah dan kereta besar, kita memberitahu orang, ini sebab "AKU kerja kuat". Kita dipilih menjadi pemimpin atau ketua sesebuah organisasi, kita sebarkan berita bahawa ini sebab, "AKU paling layak".

Kita lupa semuanya itu hanya terjadi dengan IZIN Allah belaka. Sedar dan insaflah kawan (termasuk penulis ini juga), kita angkuh sangat dan cepat lupa pemberian Allah. Marilah kita banyak bersyukur, banyak beristighfar. Marilah kita semakin dekat dengan Yang Maha Esa.

Penulis: Dr Shukri Abdullah

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories