Sabtu, Januari 09, 2010

Senamrobik Mingguan di Masjid As Salam, Puchong Perdana

Seluruh anak kariah Masjid As Salam, Puchong Perdana dijemput menyertai aktiviti Senamrobik Mingguan yang diadakan setiap Ahad bermula jam 7.30 pagi bertempat di Dataran As-Salam.
Encik Zaidi sedang memberi penerangan kepada peserta sebelum senaman dimulakan
Aktiviti ini telah bermula sejak Oktober 2009 dan terbuka untuk semua anak kariah lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak. Aktiviti ini di bawah seliaan Biro Belia & Rekreasi, Masjid As Salam.
Encik Zaidi dan peserta sedang melakukan senaman
Aktiviti ini dipimpin oleh tenaga pengajar profesional, Encik Ahmad Zaidi Zainuddin dari Jabatan Kesihatan

Kaum Ibu dan remaja perempuan turut serta
Jom ke Masjid, dan sertai aktiviti yang menceriakan untuk seisi keluarga!
Keceriaan terpancar di wajah para remaja ini
Laporan disediakan oleh: Roslan Hanapiah, Pengerusi Biro Belia & Rekreasi, Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories