Rabu, Januari 20, 2010

Satu Cetusan Rasa

Syukur Alhamdulillah, kerana Allah masih lagi memberi ganjaran masa untuk saya coretkan di sini walaupun jarang-jarang sekali berada di Puchong, namun dengan teknologi terkini, segala sesuatu tidaklah sukar untuk didekatkan kecualilah jika diambil-kira soal masa dan kemahuan.

Dalam sedikit ruang waktu yang terhad ini, samada suka atau tidak pembaca-pembaca atau pelayar sekalian, tanpa mengira suku mana anda datang melewati blog ini, sudah tentu ada sesuatu yang anda fikirkan atau tertanya-tanya berkaitan masjid (AJK & Pegawai) mahupun berkaitan dengan blog masjid. Mesti terkesan sesuatu samada baik mahupun buruknya pada diri anda atau pada masyarakat setempat


Apa yang saya perhatikan samada dari jauh mahupun dekat, rata-rata kira sering saja membuat teguran, dalam masa yang sama memberi pujian-pujian atau pun ada sebahagiannya yang lain pula suka memperlecehkan atau dengan kata lain sering kali memperkecilkan usaha-usaha ikhlas AJK-AJK masjid dalam melaksanakan tugasan tanpa diminta untuk dibayar keringat mereka. Malah ada yang lebih teruk lagi perkara memperlekehkan akan usaha seseorang itu datangnya dari kalangan AJK itu sendiri yang sering kali dilihat duduk semeja, sama-sama berunding untuk memecahkan kebuntuan sesuatu maslahah semasa.

Dari pengamatan saya yang mutakhir ini setelah sering kali terpisah dari J/Kuasa atas alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan, telah terlalu banyak perubahan yang dibawa kepada masyarakat setempat (anak kariah) samada sedar atau tidak. Ianya akan menjadi sedar sekiranya kita ikhlas dalam menerima sesuatu dan akan menjadi tidak sedar sekiranya kita sering kali mempersoalkan akan sesuatu perubahan itu tambah-tambah lagi sekiranya kita sendiri tidak pernah melakukan apa-apa melainkan mebuat tomahan dan fitnah semata-mata.

Tanpa perlu menuding jari kepada mana-mana pihak, cuba kita ikhlaskan diri kita bertapa amannya Masjid As-Salam ini jika dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu (Maaf, bukan terniat untuk menidakkan apa yang telah dilakukan oleh AJK yang lama. Secara usnuzonnya, tentulah mereka menghadapi masalah mereka sendiri) setelah pengambil-alihan berubah tangan. Program-program telah disusun dengan begitu rapi sekali dengan sebahagian besar dari biro-biro yang ditubuhkan telah melaksanakan matlamat masjid dengan jayanya. Malahan ada sesetengah dari biro-biro tersebut (walaupun pengerusi biro telah TERSUNGKUR REBAH) telah melaksanakan progam mendahului jadual yang dilakarkan oleh AJK Masjid itu sendiri. Tidak salah kalu saya katakan bahawa kesemua matlamat-matlamat tersebut telah dipersetujui bersama. Mungkin kerana terlalu kehadapan, maka adalah tangan-tangan ghaib yang cuba untuk menarik "hand-brake" sekurang-kurangnya kelibat mereka akan nampak seiras.

Pun begitu, usaha-usaha mereka-mereka ini begitu terkesan sekali, malahan saya secara peribadinya di sini merasakan ketiadaan ketua-ketua biro yang cemerlang ini sangat-sangat merugikan Masjid As-Salam itu sendiri.

Suka saya ceritakan sedikit (sesuai dengan tajuk di atas iaitu cetusan rasa). Mutakhir ini saya selalu berkunjung ke Negeri Serambi Mekah. Tambah-tambah lagi saya mendiami di kawasan Pondok Pasir Tumbuh yang satu waktu dulu ramai dari tok-tok guru yang mengajar di sekitar lembah Kelang ini belajar di sana. Apa yang cuba saya ceritakan, kalau dahulunya saya hanya dapat membayangkan sahaja bertapa meriahnya masjid-masjid di Negeri Serambi Mekah ini (tapi bukan semua masjid -hanya masjid-masjid dan kawasan-kawasan tertentu sahaja), tapi kali ini saya menjiwainya sendiri. Memang itulah hakikatnya. Saf-saf yang penuh dan ikuti dengan kuliah yang tanpa henti. Hatta di satu masjid di Pasir Tumbuh itu, sepanjang saya berda di sana, tak pernah lagi saya melihat "tok guru" tak datang mengajar. Dan lebih hebat lagi, tiada "sampul" pun dihulurkan kepada tok guru selepas sesuatu kuliah di sampaikan (tak tau la pulak kot-kot dia beri secara bulanan atau kaedah lain).

Di sinilah rasa manisnya menuntut ilmu di kala kedua-dua belah pehak ikhlas. Saya sebagai pendengar (bukan penuntut) cukup merasakan ilmu-ilmu yang disampaikan tertusuk ke sanubari dengan rasa penuh kesyukuran. Tambahan daripada itu, tok-tok guru di sana tidak meninggikan suara dalam menyampaikan kuliah tapi serba cukup untuk menjadi daya penarik untuk kita menikmati ilmunya.

Sama juga seperti pegawai dan kakitangan, melakukan apa saja dalam memasatikan masjid menjadi tempat untuk beribadah. Hatta, tidak tahu siapakah siak yang sebenarnya kerana masing-masing sibuk untuk menguis sana, menguis sini, sapu di sana dan sapu di sini. Untuk melihat saf tujuh atau lapan baris, mereka tidak perlu untuk memanggil "professor-professor" menceritakan pengalaman mereka. Cukup sekadar ustaz (kadang2 tu tak nampak macam ustaz pun penampilan mereka) mengajar TAJWID sahaja. Penuh satu masjid itu.

Namun demikian, jika diambil-kira dari apa yang terdapat di Masjid As-Salam ini untuk dibandingkan dengan beberapa kawasan di Negeri Serambi Mekah, tidaklah boleh dibuat secara begitu sahaja. Banyak faktor yang perlu difikirkan malahan faktor sosio-ekonomi, geografi dan kepadatan penduduk setempat mestilah diambil-kira. Saya tidaklah bermaksud untuk memaksa pembaca-pembaca sekelian menelan bulat-bulat. Jauh sekali. Cuma apa yang cuba saya cetuskan di sini ialah, kena ada usaha dari keseluruahan AJK masjid tanpa perlu memperlekehkan keringat dan usaha seseorang malah mesti sealiran dalam memastikan hasrat dan wawasan masjid akan tercapai. Mungkin bukan besok atau lusa, akan tetapi perubahan itu mesti berterusan dan ada hasrat untu melihat perubahan berlaku (kena pasang niat).

Walaubagaimana pun, seperti yang saya kata tadi, di era pentadbiran baru AJK Masjid As-Salam ini, telah terlalu banyak perubahan-perubahan yang dilakukan dan InsyaAllah dengan kekuatan yang ada pada sebahagian besar AJK yang begitu amanah dalam melaksanakan tugasan, akan pasti menyerlahkan lagi kedudukan Masjid As-Salam di pesada sana.

Semoga AJK-AJK yang istiqomah dalam memacukan program Masjid akan lebih tekun lagi tanpa mempedulikan puak-puak yang cuba merosakkan. Wajar diingatkan, Allah mendatangkan ujian itu dari pelbagai sudut.

Bedin Jusoh

20hb Jan 2010

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories