Ahad, Januari 31, 2010

Program Dialog Komuniti (Sesi komunikasi dua hala)

Pada 27hb Januari 2010 bersamaan 11 Safar 1431 Hijrah bertempat di dewan solat Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berlangsungnya Program Dialog Komuniti bersama anak kariah. Majlis tersebut berlangsung selepas solat Maghrib kira-kira pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 9.30 malam, disusuli solat Isyak berjemaah sebelum Majlis bersurai pada jam 9.50 malam.

Program Dialog Komuniti ini merupakan sesi komunikasi dua hala diantara AJK Masjid As-Salam dan anak kariah. Program Dialog Komuniti ini merupakan Program Baru yang diperkenalkan untuk memberi peluang dan ruang kepada anak kariah menyuarakan cadangan dan pandangan kepada Jawatankuasa baru yang di bentuk sejak 1hb Jun 2009 yang lalu.










Majlis yang pertama kali diadakan ini dipengerusikan sendiri oleh Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed. Disamping menjawab soalan-soalan dan pandangan yang dikemukakan oleh anak kariah, Tuan Nazir juga memberi penerangan serta penjelasan berhubung hala tuju Masjid As-Salam.

Tuan Nazir telah menyatakan kesediaan pihak jawatankuasa untuk memperbaiki apa-apa kekurangan dan bersedia untuk membuat perubahan kepada pandangan dan komen-komen yang dikemukakan. Dengan adanya sesi komunikasi dua hala ini, kedua-dua pihak (Pihak Jawatankuasa dan anak kariah) dapat mengetahui pengharapan anak kariah dan cabaran-cabaran yang dilalui oleh jawatankuasa dalam mengimarahkan aktivi di Masjid As-Salam ini.

Berikut adalah sebahagian daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh anak kariah pada majlis tersebut.

1. Isu Badan Khariat Kematian
2. Peniaga masih berurusniaga walaupun Azan Solat Jumaat berkumandang.
3. Masalah system pembesar suara
4. Isu Kecurian
5. Masalah anak kecil membuat bising ketika solat
6. Papan tanda pemisah saf antara saf dewasa dan kanak-kanak.
7. Masalah telekong dibahagian wanita berselerakan
8. Cadangan projek ekonomi - Canopy utk disewa
9. Isu keselamatan







Semua cadangan dan pandangan dicatat oleh Penolong Setiausaha dan Pengurus Masjid untuk dibincang secara terperinci tentang perlaksanaannya di Mesyuarat Jawatankuasa Kariah yang akan datang.

Majlis Dialog Komuniti ini telah berlangsung dalam suasana yang begitu harmoni dan segala persoalan

telah dijelaskan dengan rasional dan baik oleh Nazir Masjid.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories