Sabtu, Januari 16, 2010

Pertukaran "Template" Blog Masjid As-Salam

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia Blog Masjid As-Salam Puchong Perdana!
Semoga pengunjung blog sekalian beroleh kerahmatan & keberkatan dariNya sentiasa dan di mana jua.

Di sini saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa, demi untuk melihat blog Masjid terus berdaya maju dan seiring dengan perkembangan pelbagai program yang terkini, yang senantiasa disusun-atur dengan menariknya oleh AJK-AJK masjid yang terlibat, maka saya sebagai salah seorang dari pentadbir laman blog ingin membuat beberapa perubahan kepada blog seperti berikut:

  1. Template Blog yang akan berubah wajah dan saiz (penampilan yang lebih kemas)
  2. Menyediakan ruang iklan yang lebih sesuai
  3. Menampilkan blog yang bercirikan "majalah" online.
  4. Senang untuk dikendalikan.
  5. Menggunakan teknologi terkini yang percuma (Terima kasih kepada Blogger.com)
Sehubungan dengan itu, kami memohon maaf sekiranya anda merupakan sebahagian dari pelayar blog yang bakal menghadapi sedikit kesukaran atau kandungan blog mungkin akan sedikit mengganggu tumpuan pembacaan anda.
Apapun, kami yakin bahawa gangguan ini adalah bersifat sementara dan semoga dengan perubahan ini juga anda akan terus menerus memberi kerjasama yang sepenuhnya sama seperti sebelum daripada ini.

Juga, setelah daripada itu, kami juga menjemput anda untuk turut sama memberi komen-komen yang membina serta pandangan-pandangan yang bernas supaya bolg Masjid As-Salam Puchong Perdana terus menerus berada di alam maya menyampai pelbagai maklumat bukan sahaja kepada anak kariah malah lebih daripada itu sebagai pemangkin ke arah membudayakan dakwah tanpa sempadan.

Bedin  bin Jusoh
Pasir Tumbuh,
Kelantan Darul Naim
30 Muharam, 1431

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories