Jumaat, Januari 15, 2010

Peluang Mengiklankan Produk Di Blog Masjid

Assalamualaikum!

Di akhir-akhir ini, syukur Alhamdulillah, blog Masjid As-Salam telah dikunjungi oleh begitu ramai pelayar se antero dunia. Pelbagai! Kekadang itu telah mencecah lebih dari seratus pengunjung sehari. Pada kadar yang sedemikian, ianya telah dikira mempunyai bilangan pengunjung yang mencukupi untuk sesuatu blog membuka ruang untuk sesiapa sahaja membuat iklan.

Tambahan pula, dengan adanya ruangan iklan ini sudah pasti, bilangan pengunjung akan bertambah bukan sahaja sekadar mendapat maklumat, malah datang berkunjung untuk mencari sesuatu produk atau pun perkhidmatan.

Dengan itu bagi sesiapa yang mempunyai produk dan merasakan blog masjid merupakan antara salah satu medium atau media yang boleh melebarkan kuasa pemasaran produk atau perkhidmatan mereka, kami menjemput anda untuk menyertai kami di satu ruangan "SIDEBAR" blog masjid.


Ada dua (2) kaedah:

  1. Anda boleh hantar terus imej iklan ke emel assalampuchong@gmail.com dengan syarat imej iklan anda adalah di dalam bentuk jpeg, png atau gif sahaja.
  2. Ataupun sekiranya anda tidak berapa mahir untuk membuat rekabentuk iklan, tuan-tuan bolehlah menghantar "skrip" dan juga beberapa gambar untuk kami editkan untuk menjadikan satu bentuk imej iklan. Akan tetapi, upah untuk mereka bentuk iklan mestilah dikenakan caj.

Saiz iklan

Untuk menjamin ruang yang cukup dan memadai, pihak pentadbir laman blog hanya menghadkan iklan yang bersaiz:

  1. 60 pixels x 195 pixels, dikira sebagai 1 unit iklan
  2. 120 pixels x 195 pixels, dikira sebagai 2 unit iklan
  3. 240 pixels x 195 pixels, dikira sebagai 4 unit iklan.

Sebagai langkah permulaan dan pengenalan, masjid memberi 1 langganan iklan percuma untuk bulan pertama dengan syarat penyertaan iklan mestilah sekurang-kurangnya 1 bulan.

Kos untuk satu unit iklan ialah RM30.00 sebulan dan kadar ini akan dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan dan kepadatan.

Harus diingat juga, bayaran untuk setiap iklan ini akan terus dimasukkan ke dalam tabung masjid sebagai salah satu sumber pendapatan masjid.

Dengan ini saya menyeru kepada pelayar-pelayar blog dan juga anak-anak kariah untuk mengambil peluang dan kesempatan ini untuk sama-sama mempromosikan barangan dan juga blog masjid secara tidak langsungnya.

Dicatat oleh : Bedin Jusoh

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories