Rabu, Januari 13, 2010

Laporan CERAMAH PERDANA: Permasalahan Fahaman Wahabbi

Alhamdullilah syukur kepada Allah swt, baru-baru ini pada 31/12/09, disaat rakyat Malaysia sedang sibuk menanti kedatangan tahun baru 2010 masehi, Masjid As-Salam di bawah Biro Dakwah yang diketuai oleh Tuan Haji Sabri telah menganjurkan satu "CERAMAH PERDANA KHAS" yang bertajuk "PERMASALAHAN SERTA PENDEDAHAN TENTANG AJARAN WAHABBI DI MALAYSIA".


Kami menjemput seorang ustaz yang cukup berpengalaman serta banyak mengkaji tentang ajaran wahabbi. Beliau yang dimaksudkan ialah TUAN HAJI ZAMIHAN B. HAJI MAT ZIN AL-GHARI. Ustaz kini bertugas sebagai Penolong Pengarah di INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (I.L.I.M) JAKIM.

Sambutan pada malam itu amat menggalakkan sekali. Bukan sahaja masyarakat islam di Puchong, malahan dari luar juga. Ruang solat muslimin dan muslimah di banjiri jemaah kira-kira 900-1000 orang. Ini menunjukkan bahawa seluruh masyarakat islam khususnya di Puchong benar-benar ingin mengetahui akan kesan buruk ajaran wahabbi pada akidah umat islam. Bukan itu sahaja, malahan ustaz turut memberi penjelasan begitu panjang lebar yang memakan masa hampir 2 jam setengah bermula jam 7.45-1030 malam.

Semua para jemaah yang hadir sedikit pun tidak berganjak, ini sekali lagi membuktikan masyarakat islam terutamanya di Puchong menolak sepenuhnya ajaran wahabbi. Hasil kajian yang dilakukan oleh Biro Dakwah ke atas jemaah yang hadir pada malam itu, mereka meminta diadakan sekali lagi program tersebut. Supaya ustaz dapat mendedahkan dengan lebih mendalam lagi. Insyallah jika di izinkan Allah, dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat islam di Puchong, kami akan menganjurkan lagi program tersebut.

Biro Dakwah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan terima kasih pada tuan Nazir Masjid As-Salam kerana sudi memberi serta menyokong kami tidak kira dari segi aspek apa sekali pun dalam menganjurkan program seumpama ini.

Tidak lupa juga pada Ajk-ajk yang terlibat seperti En Harun Nayan yang membantu dari segi promosi, En Husin Hasran pula bantuan dari segi rakaman video, En Suhaimi bantuan di sebalik takbir. Dan juga En Mohd Nor Ikram B. Husin, dari JKM Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Dengan bantuan tuan-tuan program ini dapat terlaksana dengan jayanya.
AFIZAN
Puchong,Selangor

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories