Ahad, Januari 03, 2010

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Masjid As-Salam Puchong Perdana akan mengadakan Kelas Pengajian Al-Quran untuk Kanak-kanak dan Remaja bermula 11/1/2010.

1. Kelas Pengajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
  • Pengajian Iqra'
  • Pengajian Al-Quran

2. Terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja di persekitaran kariyah Masjid As-Salam khasnya yang tidak mengikuti Kelas KAFA.

3. Pengajian kelas Al-Quran ini terbahagi kepada Pengajian Iqra' bagi pelajar peringkat awalan dan Pengajian Al-Quran dan tajwiid kepada pelajar yang telah mengenal Al-Quran.

4. Yuran Pengajian adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran: RM10 (Yuran tahunan)
  • Pengajian : RM20 (Yuran bulanan)

5. Pakaian / Peralatan

  • Lelaki : Baju Melayu berkopiah
  • Perempuan : Baju kurung atau berjubah (bertudung)
  • Peralatan : Al-Quran resam Uthmani, buku nota dan alat tulis.

6. Kelas Pengajian diadakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Waktu Pengajian adalah seperti berikut:

  • Sessi Pagi: 8:30 pagi hingga 10:30 pagi
  • Sessi Petang: 2:30 petang hingga 4:30 petang

7. Tenaga Pengajar adalah seperti berikut:

  • Ust Ilyas Helmi b. Mohd Yusof Al-Hafiz ( Imam I Masjid As-Salam)
  • Ust Idris b. Saniman Al-Hafiz (Imam II Masjid As-Salam)

8. Kelas akan bermula pada 11/1/2010. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai berikut:

  • Ust Ilyas Helmi b. Mohd Yusof Al-Hafiz (019-355 4848)
  • Ust Idris b. Saniman Al-Hafiz (019-310 4502)

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories